tag:blogger.com,1999:blog-6903135.post115889474521526163..comments2024-03-08T18:22:38.979+08:00Comments on Nisah Haron Online: Ini Bukan Persoalan KastaNisah Haji Haronhttp://www.blogger.com/profile/02264141608905572443noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-92224565576827701502009-01-05T12:04:00.000+08:002009-01-05T12:04:00.000+08:00menarik entri ni, kenapa saya terlepas pandang.. t...menarik entri ni, kenapa saya terlepas pandang.. tetapi saya juga menunggu, membaca karya2 SN menjadi satu budaya popular..!fadzhttps://www.blogger.com/profile/14597937449083940452noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1160380393008473032006-10-09T15:53:00.000+08:002006-10-09T15:53:00.000+08:00Kak Nisah,saya suka sastera. Benda yang menyebabka...Kak Nisah,

saya suka sastera. Benda yang menyebabkan saya suka sastera ialah karya Ahadiat Akashah. Walaupun orang-orang elit klasifikasikan Ahadiat Akashah ialah POP, saya tetap rasa karyanya bagus pada nilai tersendiri.
Dan, selepas saya seronok dengan karya-karya beliau, sekarang saya rasa seronok untuk mencuba karya-karya serius dari orang sastera yang elit tu.
Seperti Kak Nisah cakap, tak semua orang berfikiran macam Rebecca, dan saya rasa tak semua juga yang berfikiran macam golongan elit yang terus seronok membaca karya serius. Ada orang yang perlu pengenalan.

Kak Nisah, saya peminat setia blog kak Nisah.
Haha! Saya nak tulis komen pun takut tersalah bahasa. Maklumlah, nanti dikata pencemar budaya. Kalau Kak Nisah masuk blog saya mungkin blog saya jadi blog yang disenaraihitamkan oleh Kak Nisah. Sebab bahasanya sangat membunuh Bahasa Melayu.

Kak Nisah. Nanti beri tunjuk ajar bagaimana nak menghasilkap skrip bermutu boleh tak. Saya berminat tapi tak berbakat dan tak reti langsung.

Kak Nisah, selamat berbuka puasa.

AssalamualaikumAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159662648753012342006-10-01T08:30:00.000+08:002006-10-01T08:30:00.000+08:00alhamdulillah ini kali pertama saya mengkhatamkan ...alhamdulillah ini kali pertama saya mengkhatamkan bacaan tulian Nisah Haron.. he he jangan marah.Saya jumpa pautan ini dari bloq Zaid. Begitu puas membaca garapan minda Pn Nisah.

Saya ni bukannya orang sastera tapi masih mahu menyibuk dlm dunia penulisan, ingin menikmati bayu kesusasterawanan kununnya. Bengkel penulisan adalah antara bengkel yg saya minat mengikutinya.

saya tertarik kepada ungkapan pada rangkap berikut"Penulis yang menghasilkan karya sastera sama sekali tidak mengharapkan pulangan wang ringgit. Janaan ekonomi yang diharapkan bukanlah datangnya dari dunia ini tetapi janaan ekonomi akhirat. Untuk apa dapat royalti beribu-juta tetapi gagal membentuk peribadi positif hatta seorang pembaca pun."

saya memang setuju beberapa peratus melebih 100. Kerana itu belum satu buku pun yang terhasil dari saya ,satu alasan yg munasabah bukan? :)

Dalam satu bengkel yg saya hadiri, penerbit mengatakan kita mesti menulis apa yg enak dibaca. Jangan menulis syok sendiri katanya. Ini kerana sebelumnya ada memberikan komen bahawa buku2 terbitan syarikatnya agak kaku.Buku2 berkaitan undang2 hanyalah teori semata2, soalan di dalamnya macam soalan buku sekolah rendah. Tidak ada soalan yg berbangkit dari 'masalah sebenar'. Ini kerana penulisnya adalah pensyarah yg tak pernah 'turun padang' , duduk disekolah, masuk universiti dan terus jadi pensayarah.

Sepatutnya buku undang2 ditulis oleh hakim2 yg sudah pencen, atau pengamal undang-undang mahu pun pegawai kerajaan yang berpengalaman luas. Mereka perlu dibantu oleh penulis berpengalaman (editor) dari segi gaya bahasa dan susunan babak. Barulah buku tersebut benar2 dapat dimanfaatkan oleh pembaca bukan sekadar memenuhkan qouta penerbit :- semua jenis buku ada dalam penerbitan kami.

Seperkara lagi tentang saranan 'jangan mengguru-gurui pembaca'. Bagi saya penulis sepatutnya boleh menggurui pembaca atau sekurang2nya meng'uja' minda pembaca membuat penilaian yg wajar bukan membiarkan pembaca terawang2 membuat penilaian sendiri. Saya percaya semua pembaca ada neraca mereka sendiri sekalipun telah digurui , jadi tak ada salahnya menggurui pembaca.la_abwahttps://www.blogger.com/profile/00021472796676007328noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159641286026797362006-10-01T02:34:00.000+08:002006-10-01T02:34:00.000+08:00Salam.Puan Nisah,saya baru membaca 'Resipi dari Is...Salam.

Puan Nisah,
saya baru membaca 'Resipi dari Istana.'
Aduh, berbisa ya?
Minta kebenaran menyalin dan menampal cerpen itu di weblog saya?

Terima kasih.Rebecca Ilhamhttps://www.blogger.com/profile/11697644876692818116noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159621146670741882006-09-30T20:59:00.000+08:002006-09-30T20:59:00.000+08:00wah,untuk terlihat pintar juga punyai jalan singka...wah,

untuk terlihat pintar juga punyai jalan singkat.

dan aku memang suka jalan singkat

eheheMDM FARAH FAIZURA https://www.blogger.com/profile/05058285320625044097noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159565150460588552006-09-30T05:25:00.000+08:002006-09-30T05:25:00.000+08:00Dingin, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus ialah sebu...Dingin,
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus ialah sebuah kumpulan cerpen. Bayangkan sahaja berapa ramai yang sanggup menghabiskan tempoh 10 - 15 untuk mengkhatami sebuah cerpen.

Ciri-ciri sebuah cerpen: hendaklah padat dari aspek pemikiran dan perasaan. Jika emosi berlebihan cerpen akan menjadi jurnal yang peribadi sifatnya. Andainya kontang perasaan, ia akan menjadi sebuah esei pula.

Nah, mereka yang menggemari novel terutama sekali novel popular, jarang teruja untuk membaca cerpen. Kononnya cerita dalam cerpen itu tidak bersambung-sambung. Tidak puas, kononnya.

Tetapi itu pilihan pembaca. Penulis sekadar menawarkan. Seperti yang diakui oleh Pak Samad, CSRO memang bacaan untuk kelompok yang pintar. Tidak mahukan anda berada di dalamnya?Nisah Haji Haronhttps://www.blogger.com/profile/02264141608905572443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159545925055315872006-09-30T00:05:00.000+08:002006-09-30T00:05:00.000+08:00gfbsoalan ini dari fikiran separuh masak, mau di b...gfbsoalan ini dari fikiran separuh masak, mau di bilang kasta rendah pun bisa...ehehehe)

jadi,

dari pembaca kasta mana yang akan

membaca

Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus,

maksud aku

target market

terima kasih

tumpang lalu

eheheMDM FARAH FAIZURA https://www.blogger.com/profile/05058285320625044097noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159416546061262892006-09-28T12:09:00.000+08:002006-09-28T12:09:00.000+08:00salam,okaylah juga nisah dah tulis entri ni, moga-...salam,
okaylah juga nisah dah tulis entri ni, moga-moga orang faham...

kalau aku yang cakap nanti orang kata 'aku je lah yang jahat'!!!

terima kasih nisah.

(P/S: Seni memang ada kasta, saya dah baca berpuluh buku dari sayyid Naquib al-attas, syed hossein nasr, osman bakar, ismail Faruqi dan ramai lagi....kesenian memang ada gred, jangankan telur pun ada gred)Jong https://www.blogger.com/profile/07733956504771221915noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159340118950733312006-09-27T14:55:00.000+08:002006-09-27T14:55:00.000+08:00salam kak nisah dan kawan kawan.setelah baca ketig...salam kak nisah dan kawan kawan.

setelah baca ketiga tiga penulisan di atas ingin sekali saya baca komen abg ahadiat. penulis novel terbanyak.

saya rasa eloklah kita pendekkan cerita.
saya mmg kurang senang dengan seni dan sastera yang diperjuangkan oleh banyak media massa kini. menawarkan kekosongan minda di kalangan masyarakat yang tahu menerima tanpa menimbal balik.

dari nyanyian buku akhbar dan juga cereka bergambar banyak yang mendesak masyarakat kepada keruntuhan moral dan minda. semoga apa yang disarankan oleh abg zaid akan menjadi perhatian dan diperbetulkan dan apa yang kuseman cuba sampaikan dilihat semula dan diambil pengajaran mungkin tidak berlaku hari ini. kasta dalam sastera ada bahayanya. tapi JG tak sesuai disamakan dengan abg ahadiyat mungkin lebih sesuai untuk abg ramlee.

ramadhan kareemumaq_eimanhttps://www.blogger.com/profile/15515006251001669561noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159248425047193932006-09-26T13:27:00.000+08:002006-09-26T13:27:00.000+08:00Sdr Rem,A Painted House sudah difilemcerekakan, te...Sdr Rem,

A Painted House sudah difilemcerekakan, tetapi hanya untuk siaran televisyen. Adik saya berusia sepuluh tahun pernah tonton beberapa kali di saluran Hallmark. Dia suka ceritanya.

Adaptasi buku ke layar perak jarang-jarang tepat. Nilai-nila komersil itu lebih ditekankan. Nama pun mencari laba.

Saya mengenali Breakfast at Tiffany's kerana Audrey Hepburn. Tidak tahu pun rupa-rupanya filem itu berasal dari buku. Tulisan Truman Capote pula tu! Bukunya sangat hebat. Sarat dengan falsafah. Namun filem, haih, macam sampah!Rebecca Ilhamhttps://www.blogger.com/profile/11697644876692818116noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1159060289061418192006-09-24T09:11:00.000+08:002006-09-24T09:11:00.000+08:00Kebetulan semalam ada cerita "The Pelican Brief". ...Kebetulan semalam ada cerita "The Pelican Brief". Saya pun pernah baca novel Grisham. Memang membaca novel beliau jauh lebih baik dari tonton filem.

Umat Malaysia cepat sangat buat bandingan dengan apa-apa yang ada di Barat. Buat novel fantasi sedikit, lekas mahu dikaitkan dengan Lord of the Rings. Kita patut bangga dengan jatidiri sendiri. Itulah sastera dapat mainkan peranan. Membina jatidiri mulia, selaras dengan budi pekerti seorang Melayu-Muslim.

Rasa saya, sebagai pembaca yang gitu-gitu jer (bukan pengkaji sastera), tiada lagi karya sastera Barat (UK dan US) yang menonjol untuk alaf ini. Maksud saya tolak Hemingway, Steinbeck dan lain-lain penulis lama tu, Barat sudah tiada penulis sastera baru. Setahu saya la.

Tapi Malaysia kita masih ada pelapis baru: Zaid Akhtar, Nisah Haron, Faisal Tehrani dan ramai lagi. Bermakna, walau sedikit pun peminat, pemain sastera di Malaysia masih boleh cari makan. Percayalah, kami pembaca sastera berdiri di belakangmu.

Untuk itu, penulis juga jangan berasa rendah diri. Saya pernah baca dalam website Artakusiad, dimana Abang Pat kata utk 'Legenda Numerius' dia cuma cetak 500 naskah saja, utk peminat-peminatnya saja. "Another thing,I never intended the book for everybody.(which is why I made just 500 copies)Legenda Numerius is for serious fantasy people,regardless of their age,16 or 64".

Setahu saya yang pernah ada pengalaman printing utk pejabat, paling minimum pencetak boleh print adalah 1,000. Kalau sedikit, maka mereka harus kenakan bayaran lebih. Nak cover cost. Itu kata mereka.

Abang Pat, seharusnya lebih percaya kepada peminat-peminatnya. Saya yang baru berusia 12 tahun ketika Permata Aurorius pertama kali diterbitkan, sanggup berkatih basikal ke kedai buku di KT sejauh 10 km, sebab nak beli buku beliau, selepas tonton promosi dalam Selamat Pagi Malaysia ketika itu. Saya beli sebab nak baca karya seorang anak muda yang saya percaya pada karyanya. Bukan sebab ada kena-mengena dengan Lord of the Rings dan Saga Belgariad (David Eddings). Tapi kalau Abang Pat sendiri sudah hilang keyakinan pada peminat sendiri, habislah.

Selamat berpuasa. :)ulasbukuhttps://www.blogger.com/profile/07558916351479879131noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1158990007026996122006-09-23T13:40:00.000+08:002006-09-23T13:40:00.000+08:00Saya suka sangat dengan entri ini tau. Nisah, buat...Saya suka sangat dengan entri ini tau. Nisah, buatlah pengubahsuaian.. dan hantar ke Dewan Sastera. Saya memang suka bila Nisah menulis dengan ada sikit bancuhan sentimen dan sarkastik. Ngilu menikam-nikam gitu. Ya, hantar.. hantar.. jangan tak hantar, Nisah. Biar orang-orang tu terasa!

Sebut pasal John Grisham ni.. itu yang buat saya terbakar gila! Ya, memang novel John Grisham tu ada 'sikit unsur popnya'. Tapi sebagai seorang peminat JG (yang ada librari khas JG dan telah membaca SEMUA novel dia!) --- saya setuju dengan Nisah bahawa novel JG tidaklah 'kosong'. Walaupun estetika sasteranya mungkin tidak menonjol teramat (tapi masih sepuluh kali lebih baik dari chef popular itu!), namun naratif dan pembinaan watak dalam semua novel JG sangat kuat dan meyakinkan. Yang paling penting, ya.. ia kaya dengan 'fakta empirik' yang jelas. Bukan kosong tanpa penyelidikan.

Misalnya novel 'The Painted House' dan 'The Bleachers' (dua yang paling saya sukai). Novel pertama itu mendedahkan kita kepada sejarah perang sivil Amerika. Wataknya memang fiskyen, tapi latar olahan ceritanya begitu tepu dengan gambaran faktual. Novel kedua itu pula memberi kita satu overview yang sangat jelas tentang dunia football Amerika. Itulah kekuatan JG. Mengadun latar realiti bersama watak-watak fiksyen yang sangat hidup.

Saya fikir, kebanyakan orang yanag meremehkan novel-novel JG tak pernah baca novel itu sendiri. Hanya sekadar tengok filemnya: The Firm, Time to Kill, Runaway Jury, The Rain Man, etc. Kalau tengok filem dia, memanglah macam sampah. Saya dah banyak kali hampir meludah skrin TV bila tengok novel JG dalam filem. Memang kualitinya langsung tak menyamai 5% pun kekuatan naratif dan ketelitian dalam novel itu sendiri. Alaa.. kalau dah pelakon-pelakonnya Tom Cruise.. kita taulah Hollywood nak jual apa, kan. Hanya sensasi.

Tapi geram juga dengan JG tu. Kenapalah dia asyik jual novelnya itu kepada pembikin-pembikin filem yang komersial cam gitu? Hanya menjatuhkan reputasi dia sendiri saja. Yang pelik, novelnya 'The Painted House' tu.. tak ada pula berminat nak filemkan? Arguably the best of his collections.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1158980711891985212006-09-23T11:05:00.000+08:002006-09-23T11:05:00.000+08:00Sdr Helmy, Inilah masalahnya apabila wartawan send...Sdr Helmy,
Inilah masalahnya apabila wartawan sendiri pun tak buat homework. Dah lah sasterawan negara seorang pun tak kenal (kecuali Pak Samad, itupun mesti ada orang beritahu sebab dia nak kena interview... heheheh). Apa lagilah kalau nak kena kenal pasti sama ada SN itu masih itu atau sudah meninggal dunia.

Rebecca Ilham,
Ada benarnya pendapat sdr, tetapi berapa ramai di luar sana yang mengambil sikap seperti sdr. Masih ramai yang terperangkap dalam emosi dan enggan berfikir...

Book,
Masalahnya, apa saja yang dimakan menjadi darah daging. Kalau dari kecil dah makan junk food, ertinya itu sudah jadi calon obesiti ataupun kurus melengking pasal selera dah tertutup untuk makan benda yang lebih baik.Nisah Haji Haronhttps://www.blogger.com/profile/02264141608905572443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1158970305467970212006-09-23T08:11:00.000+08:002006-09-23T08:11:00.000+08:00novel pop macam junk food. tak perlu pun takpa. ta...novel pop macam junk food. tak perlu pun takpa. tapi kalau berlebihan. memang tak patut.
dan kalau budak-budak kecil merengek minta junk food. boleh kita beri. tapi kalau dah dewasa masih ke hulu ke hilir. ke sana ke sini. dengan junk food pula. apa rupa nya?BooKhttps://www.blogger.com/profile/13696578083782817701noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1158943023344863322006-09-23T00:37:00.000+08:002006-09-23T00:37:00.000+08:00Salam.Puan Nisah, saya tertarik dengan ungkapan 'r...Salam.

Puan Nisah, saya tertarik dengan ungkapan 'reading for the sake of reading.'
Bagi saya, tidak apalah membaca sastera pop, sekurang-kurangnya membaca juga.
Kita doakanlah selari dengan peralihan usia, dengan habit membacayang sudah sebati, minat beralih kepada karya-karya sastera bermutu pula.
Saya sewaktu remaja suka juga dengan novel-novel Ahadiat Akashah, tetapi kini langsung menolak novel-novel cinta remaja dan sastera pop.
Seperti kehidupan manusia yang berfasa-fasa, saya percaya, minat dan gemar pada sastera itu juga punya takah-takah tersendiri.
Kita doakan agar anjakan paradigma berlaku.

Wassalam.Rebecca Ilhamhttps://www.blogger.com/profile/11697644876692818116noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-1158898869600176252006-09-22T12:21:00.000+08:002006-09-22T12:21:00.000+08:00Salam.Pernah terdengar (dan tersedak) beberapa bul...Salam.

Pernah terdengar (dan tersedak) beberapa bulan yang lalu.

Wartawan (sastera) : Akhir-akhir ini Pak Samad selalukah bertemu dengan SN lain seperti Usman Awang dan Kris Mas?

Pak Samad: Akhir ini jarang.

Wartawan: Di mana Pak Samad bertemu dengan mereka dan apakah yang selalu Pak Samad bincangkan?

Pak Samad: Di kubur mereka. Saya hanya membaca doa.

Episod Bogor seperti seorang penyanyi pop dihantar menyanyi dipentas opera.Anonymousnoreply@blogger.com