tag:blogger.com,1999:blog-6903135.post5665994706890256540..comments2024-03-08T18:22:38.979+08:00Comments on Nisah Haron Online: Catatan Sewaktu Perhimpunan Penulis Muda 2009Nisah Haji Haronhttp://www.blogger.com/profile/02264141608905572443noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-14739876024444061682009-05-25T14:06:38.808+08:002009-05-25T14:06:38.808+08:00Kak Ton,
Terima kasih atas singgahan. Kami hargai...Kak Ton,
Terima kasih atas singgahan. Kami hargai sokongan daripada semua golongan. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan mana-mana bentuk dikotomi - penulis muda-mapan, penulis lelaki-wanita, dan sebagainya.

D'Rimba,
Teruskan perjuangan. Perkara yang lepas itu kita sama-sama jadikan pengajaran dan sempadan. Semangat yang ditunjukkan itu tidak ramai golongan muda yang memilikinya. Cuma, sentiasa tambahkan ilmu dan perdalamkan pemikiran. Insya-Allah, itu untuk kebaikan ummah jua.

En. Rusdi,
Tentang beberapa hal yang dinyatakan, saya bersetuju juga. Tetapi saya memahami juga masalah kekurangan tenaga kerja dalam kumpulan urus setia. Tanpa sebarang maklumat panel, tuan masih lagi mampu menjadi moderator yang baik. Tentang profesionalisme, mari kita semua sama-sama tingkatkan hal ini.

Bayan,
Saya juga gembira dengan ukhwah kita yang semakin akrab. Teruskan pandangan-pandanganmu yang kritis. Tidak ramai wanita yang berani memberikan komen bernas dengan tidak membaurkan emosi. Semoga langkah kita bertemu lagi.Nisah Haji Haronhttps://www.blogger.com/profile/02264141608905572443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-41928526627215525242009-05-25T10:36:32.495+08:002009-05-25T10:36:32.495+08:00Puan Nisah, terima kasih atas kesempatan dan kesel...Puan Nisah, terima kasih atas kesempatan dan keselesaan yang diberikan kepada saya.

Saya bersetuju bahawa aspek senioriti dalam dunia penulisan harus diketepikan bertitik tolak daripada alasan bahawa yang terbaik tidak semestinya perlu 'tua' untuk menerima anugerah.

Siapa yang bagus harus diangkat sebagai penulis yang baik tidak kira sama ada tempoh menulisnya lama atau tidak.

Dan perhimpunan ini benar-benar memuaskan dari aspek pemilihan panel dan isu yang dikupas.

ps : Dendangan Mestamu puan sangat indah!Layla Haqhttps://www.blogger.com/profile/08615122766944577828noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-80893975626782712582009-05-24T23:48:29.154+08:002009-05-24T23:48:29.154+08:00Pn. Nisah,
1. Saya amat bangga kerana buat kali ke...Pn. Nisah,
1. Saya amat bangga kerana buat kali keduanya terlibat secara umum dalam PPMN ini, kali pertama di Kukup, Pontian tahun 2005.
2. Sinonimnya PPMN 2009 dan 2005 buat dalaman diri saya ini pabila saya dilantik selaku Pengerusi Sesi yang pertama.
3. Cukup teruja juga kali ini pabila mutu pembentangan kertas makin meningkat kualiti serta buah fikir penulis-penulis muda ini.
4. Ketika sesi puan membentangkan kertas, terdetik di hati saya ada 1-2 soalan juga ingin bertanya tetapi tiada upaya ketika itu... mungkin saya perlu sekali lagi membaca kertas puan untuk bertanya selepas ini.
5. Cuma... (maaf saya terpaksa berterus terang) pengurusan kali ini agak sedikit kurang teratur terutama pada masa pendaftaran dan sesi pertama pembentangan; saya selaku Pengerusi tidak dimaklumkan langsung bagaimana ingin menguruskan sesi pertama itu (masa/soal jawab dan lain-lain), juga termasuk susunan meja dan kerusi di pentas serta penyediaan perlatan teknikal (pembesar suara dan lain-lain) yang belum sempurna ketika 5 minit menjelang sesi pertama (sepatutnya bermula 3 petang tetapi mula jam 3.30 petang), kertas kerja tidak disediakan buat Pengerusi dan Panel (cuma selepas 30 minit sesi barulah diberikan selepas saya berulang memintanya dari atas pentas)..., namun atas sifat profesionalisme dan amanah tugas saya teruskan tugas. Saya perasan puan serta beberapa penulis prolifik masuk ketika sesi pertama sedang berlangsung.
6. PPMN kali ini berjaya dalam agenda yang ingin dihujahkan dan hasrat yang ingin disampaikan kepada pihak tertentu...
namun pengurusan acara seboleh mungkin biarlah juga terurus dalam konteks profesionalisme dengan baik seadanya mampu terutama dalam hal-hal umum dan asas dalam pengurusan sesebuah acara ilmu sebegini apatah lagi ini acara peringkat nasional.

Maaf puan atas tulisan yang terlalu panjang ini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam PPMN 2009 ini.Rusdi Abd Rahmanhttps://www.blogger.com/profile/14852359584902370308noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-11795566305265260692009-05-24T21:00:42.531+08:002009-05-24T21:00:42.531+08:00Terima kasih akak, amat manis kenangan itu cukup k...Terima kasih akak, amat manis kenangan itu cukup kuterhatu.....D'Rimbahttps://www.blogger.com/profile/01605994350829149879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6903135.post-85821948407533033792009-05-24T19:38:17.544+08:002009-05-24T19:38:17.544+08:00Tahniah. Seronok dapat menumpang berita. Semoga se...Tahniah. Seronok dapat menumpang berita. Semoga seminar ini akan membawa langkah yang baharu kepada para peserta dan penulis muda semua.
Salam manissss.....mariahsjhttps://www.blogger.com/profile/05358708177282701159noreply@blogger.com