Berbudi Bahasa, Memahami Adat Setempat
Secara peribadi, saya sukakan iklan tv sebuah akhbar yang dikatakan cuba memahami adat setempat. Digambarkan pengantin lelaki berpanas menunggu untuk disambut pengantin perempuan. Kedua-duanya sama berpanas dan terus meneka-neka mengapa mereka saling tidak bergerak. Yang sebelah lelaki tidak boleh bergerak kerana mengikut Adat Perpatih, pihak lelaki yang tidak dijemput oleh wakil pihak perempuan supaya dipersilakan naik ke rumah, tidak boleh terus naik. Itu tidak beradat, dan sangat kurang ajar. Hal ini langsung tidak diketahui oleh pihak perempuan, yang menyangka rombongan pihak lelaki barangkali belum cukup korum. Isunya, pihak lelaki tidak memaklumkan kepada pihak perempuan bahawa mereka mesti dijemput dan dipersilakan.
Demikianlah halnya dengan komunikasi dalam adat dan budaya kita. Adat itu tidak pernah mahu menyusahkan sesiapa. Pokok pangkalnya, adat itu haruslah dikomunikasikan dengan sewajarnya. Jika tidak semuanya akan jadi huru-hara.
Dalam hal perkahwinan anak-anak muda hari ini, ramai yang telah melupakan perihal adat dan juga adab-adab dalam berkomunikasi. Ramai yang mengambil jalan yang terlalu mudah, hingga melupakan tatacara dan adab-adab dalam pertunangan dan sebarang perbincangan pertunangan hinggalah kepada majlis pernikahan.
Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang mengabaikan pernikahan itu sendiri dan melebih-lebihkan hari persandingan. Seolah-olah yang lebih penting ialah bersanding, berkompang dan berapa ramai tetamu yang perlu hadir. Bukankah nikah itulah segala-galanya? Walimah ataupun kenduri kahwin itu disunatkan tetapi ia bukanlah keutamaan.
Perkahwinan itu bukan soal berapa besar olek (kenduri kahwin mengikut orang Negeri Sembilan). Perkahwinan itu ialah sejauh mana dua keluarga sepakat untuk menyatukan anak-anak masing-masing. Semuanya mesti dirundingkan oleh keluarga. Bukanlah ikut suka anak-anak yang hendak berkahwin itu sahaja. Jika semuanya hendak mengikut kehendak anak-anak, biar mereka sahajalah yang bernikah di pejabat kadi. Habis cerita. Keluarga pun tak perlu datang.
Tetapi perkahwinan itu suatu acara yang sangat suci, tulus dan murni. Tujuannya bukan sekadar untuk memanjangkan zuriat, tetapi untuk merapatkan lagi silaturahim kedua-dua belah keluarga. Sebab itu juga, ada peruntukan supaya pernikahan antara dua pasangan itu mestilah sekufu' - ataupun setaraf lagi sepadan. Jika tidak, pasti akan berlaku banyak pertembungan nilai dan cara hidup yang berbeza.
Masa bercinta, semuanya indah belaka. Tetapi sebaik-baik sahaja semua tetamu pulang pada hari walimah, barulah segala realiti akan kelihatan. Masa itu, hendak menyesal sudah terlalu lewat. Maka, kerana itulah banyak berlaku perceraian walaupun belum sampai sebulan berkahwin, kata orang inai dijari masih merah, sudah mula panjat mahkamah syariah.
Ya, mungkin isu ini semakin dipandang remeh oleh golongan muda hari ini. Mungkin saya tidaklah terlalu muda lagi pun tidaklah terlalu tua untuk menurunkan nasihat. Tetapi pengalaman di mahkamah banyak mengajar dalam mematangkan diri saya dalam menghadapi segala cabaran alam perkahwinan.
Saya juga sering menasihati adik-adik dan anak-anak saudara, sahabat handai yang mahu mendirikan hari bahagia supaya melihat perkahwinan itu dari sudut yang objektif. Jangan terlalu mengikut rasa, seolah-olah 'si dia' itu sahajalah jodoh kita dunia dan akhirat. Belum tahu lagi. Tiada suatu pun yang pasti dalam dunia ini. Usahlah terlalu yakin kerana rencana Tuhan itu lebih halus dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Agama tetap menjadi tiang dalam perkahwinan. Kalau agama kukuh dalam diri individu, insya-Allah, lebih mudah untuk melayari bahtera perkahwinan. Pasangan yang memegang agama (dari segala segi) dan faham akan agamanya (bukan sekadar taklid, atau mengikut-ikut ataupun ekstrem tak tentu hala) biasanya mendapat cabaran yang berkurangan.
Tidak memahami adat setempat, itu memang boleh sahaja dipelajari. Caranya mudah, bertanyalah dengan pihak yang satu lagi itu. Kalau dah masuk lubuk orang, bermain lumpur pun kenalah ikut cara orang di situ. Kalau dah kita ibarat seekor kerbau dari lubuk yang lain, janganlah bawa cara kita sahaja. Kena hormat cara ditempat orang. Tak hilang bisa ular yang menyusur akar. Merendah diri dan bertanya apa yang kita tidak pasti, boleh sahaja meredakan banyak hal. Sekali lagi, pokok pangkalnya komunikasi.
Namun, sedikit sebanyak kita sebagai individu juga perlu tahu adab-adab dalam berhubung dengan orang lain. Tidak tahu adab lebih sukar dimaafkan daripada tidak tahu adat. Peribadi, saya boleh hadapi sesiapa sahaja yang tidak memahami adat. Tetapi sukar untuk saya memaafkan orang yang tidak beradab!

Ulasan
Kebetulan, saya baru habis baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, pagi tadi. Ulang baca setelah berpuluh tahun dulu pernah baca.
Novel ini merupakan kritik sosial Buya Hamka terhadap Adat Perpatih. Bagaimana sebuah kisah cinta berakhir dengan begitu tragis, kerana menjunjung adat.
Adakalanya, bukan adat yang salah, tetapi pengamal adat yang tidak guna akal dan iman yang sempurna ketika membuat keputusan.