Biodata Penuh



Maklumat Peribadi 

Nama : Nisah binti Haron
Nama Pena : Nisah Haron / Nisah Haji Haron
E-mel : nisah.haron@gmail.com
Facebook : "Nisah Haron - Pengarang"
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Pekerjaan :
  • Penulis Sepenuh Masa (Kini)
  • Penasihat Ujana Ilmu Enterprise (www.ujanailmu.com.my)
  • Pensyarah Sambilan 
    • Penulisan Kreatif : Teori dan Amali (Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) 2011 - 2013
    • Penulisan Kreatif (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia) 2012
    • Kesusasteraan dan Undang-undang (Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) - 2013
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Pingat : Dikurniakan Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar NS sempena Hari Keputeraan ke-84 pada 19 Julai 2006)

Pendidikan
  • SRK Dato’ Klana Ma’amor, Seremban (1980-1985)
  • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1986 – 1990)
  • Matrikulasi Undang-undang UKM (1991-1993)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor. (1993 – 1997)
  • Diploma in Syariah Law and Practice (DSLP) IIUM (2005)
  • Sarjana Undang-undang, UKM, Bangi, Selangor (2006)
  • Sedang melanjutkan pengajian Sarjana Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (mulai Julai 2010)

Anugerah Penulisan  
(mulai yang terkini)
  1. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 : "Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan" (Kategori Rencana Sastera)
  2. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 : "Lemang Nan Sebatang" (kategori cerpen eceran)
  3. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 : "Sumpah Setia Tanjung Piai" (kategori puisi eceran)
  4. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 : "Pusaka Cendana" (kategori cerpen eceran)
  5. Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12 (Tempat Pertama - Cerpen) "Aset Istiqamah"
  6. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2007 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Tawarikh Cinta
  7. Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007–
    •  kategori cerpen - "Saksi Delima Sakti";
    • kategori cerpen - "Pusaka Cendana";
    • kategori puisi - "Ini Suara Wanita";
    • kategori puisi - "Jika Benar Kau Harus Melangkah";
    • kategori esei - "Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari";
    • kategori novel kanak-kanak : Farris Putera Yang Hilang
    • kategori kumpulan cerpen dewasa : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
  8. Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007–Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 : "Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari" (Kategori Rencana Sastera)
  9. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 : "Pusaka Cendana" (Hadiah penghargaan kategori cerpen remaja)
  10. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 : "Tunggu Teduh Dulu : Citra Dakwah Islamiah Kontemporari" (Kategori Rencana Sastera)
  11. Anugerah Buku Bitara MBBY - kategori penulis (Hadiah Kedua) Farris Putera Yang Hilang
  12. Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 –
    •  kategori cerpen - "Persidangan Agung Wanita Klasik";
    • kategori esei - "Memahami Hak Cipta Sastera";
    • kategori esei - "Potensi Kedudukan Wanita Dalam Karya Sastera"; dan
    • kategori novel - "Mencari Locus Standi"
  13. Anugerah Penulis Remaja Negeri Sembilan 2004
  14. Cerpen "Annyss Sophilea", terpilih untuk bacaan wajib teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4
  15. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2003 (Hadiah Kedua Novel Remaja) Mencari Locus Standi
  16. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 (Hadiah Utama) : "Impian Tsu-Ryi" (Kategori Cerpen)
  17. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 : "Persidangan Agung Wanita Klasik"
  18. Sayembara Cerpen Esso-Gapena Ke-10 (Hadiah Pertama) : "Persidangan Agung Wanita Klasik"
  19. Hadiah Utusan-Public Bank 1996 (Hadiah Utama) : "Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus"
  20. Pertandingan Cerpen Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang–YTL – Berita Harian 1996 (Hadiah Kedua – tiada pemenang hadiah pertama) : "Selagi Lading Masih Di Tangan"
  21. Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 : "Anugerah Amariss"
  22. Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1992 : "Annyss Sophilea"
  23. Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991 : "Atlantis, Duniaku Duniamu"
     

Kumpulan Cerpen Persendirian
  1. Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora; 1998)
  2. Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa; 2002)
  3. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu; 2006)
  4. Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011)

Novel
  1. Mencari Locus Standi (Utusan Publications; 2004)
  2. Farris Putera Yang Hilang (MEP Education Consult, 2005)
  3. Puisi Untuk Esdyzuar (Al-Ameen Serve, 2007)
  4. Tawarikh Cinta (Utusan Publications; 2008)
  5. Lentera Mustika (PTS Litera Utama, 2009)

Buku cerita kanak-kanak

Novel Bersiri 
  1. Puisi Untuk Esdyzuar (Tunas Cipta - DBP) 2004 - 2006
  2. Lentera Mustika (ANIQAH - mmp) mulai 2006 - 2009
  3. Gapura Purnama (Novel bersiri : WANITA - Utusan Karya) 2007 - 2009

Bukan Fiksyen 
  1. Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta (Al-Ameen Serve, 2007)
  2. Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen (DBP, 2011)
    - Penyelenggara : Dr. Mawar Shafei dan Nisah Haron
  3. Kembara Sastera Nisah Haron - United Kingdom dan Dublin (ITBM, 2012)

Karya Nisah Haron yang sudah diterjemahkan :
  1. "Summit Conference of Legendary Women" (Persidangan Agung Wanita Klasik) di dalam Malay Literature, Volume 20, Number 2, 2007 page 63
  2. "Cendana's Inheritance" (Pusaka Cendana) di dalam Malay Literature, Volume 22, Number 2, 2009, page 216

Karya kreatif terkini : "Seorang Nadim Pada Waktu Subuh" (Cerpen, Berita Minggu, 6 Januari 2013)

* Karya-karya Nisah Haron boleh didapati secara online di Ujana Ilmu.

Aktiviti Sastera
  • Munsyi Dewan (Sastera) 
  • Aktivis Sastera dan Bahasa Melayu
  • Aktivis Hak Cipta
  • Menyertai Minggu Penulis Remaja 1993
  • Mewakili Malaysia ke Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Esei, di Palembang pada 1 – 9 Ogos 2004
  • Ketua Fasilitator, Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (2004-2005)
  • Penyelaras Negeri (Negeri Sembilan), Program Penghayatan Sastera & Budaya, Khidmat Negara (mulai Februari 2006)
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2002-2005,2008)
  • Setiausaha Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2006-2007)
  • Setiausaha Dua Persatuan Penulis Negeri Sembilan (2010-2012)
  • Membentangkan kertas kerja tentang puisi tradisional dalam hak cipta di Shanghai, China (Mei 2006)
  • Penceramah "Kiat-kiat Menulis Novel Bestseller" di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), Bukittinggi, Sumatera, Indonesia - 20 Mei 2010
  • Kembara 'solo' Sastera ke United Kingdom dan Dublin untuk melihat bagaimana negara berkenaan meraikan sastera dan juga penulis-penulisnya. 2 Jun - 13 Jun 2011
  • Mewakili Malaysia ke Bologna International Children's Book Fair 2012, Itali 19 - 23 Mac 2012
  • Kembara Seni Itali 17 - 25 Mac 2012

Bengkel penulisan dan ceramah-ceramah sastera dan penulisan kreatif :
  • Bengkel Intensif Penulisan Novel Remaja dan Buku Kanak-kanak untuk Guru-guru Bahasa Melayu Singapura pada 12 - 13 Mac 2013
  • Bengkel Penulisan Novel HUSM, Kubang Kerian - DBP pada 15 - 17 Januari 2013
  • Bengkel Penulisan Novel Remaja dan Buku Kanak-kanak untuk Guru-guru Bahasa Melayu Singapura pada 23 - 25 November 2012
  • Pembimbing Minggu Penulis Remaja (DBP) 2006 - Genre novel/cerpen
  • Fasilitator Minggu Penulis Remaja (DBP) 2007
  • Pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif untuk Pengetua-Pengetua Negeri Sembilan 2008
  • Pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif untuk Pensyarah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) Kuala Lumpur 2008
  • Penceramah Utusan Sukma – Sepagi Bersastera 22, 23 & 25 Jun 2009 kerjasama Kumpulan Utusan, PEN & JPNS
  • Pembimbing untuk Bengkel Penulisan Kreatif (cerpen) untuk Guru-guru Cemerlang : 
    • Zon Utara dan Timur (6 - 8 Julai 2010)
    • Zon Tengah dan Selatan (13 - 15 Julai 2010)
    • Zon Sabah (20 - 22 Julai 2010)
    • Zon Sarawak (27 - 29 Julai 2010)
  • Pembimbing (wakil Malaysia) ke Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Novel, di Bogor, Indonesia pada 11 – 15 Julai 2011
  • Tetamu di radio : 
    • Perantara Rancangan GAPURA UJANA, Radio Malaysia Negeri Sembilan mulai Disember 2002-2003
    • Perantara Rancangan KURIK KUNDI MERAH SAGA, Negeri FM April 2005
    • Tetamu "Motivasi Pagi" Radio Malaysia Terengganu FM (Februari 2006 - Disember 2008)
    • Tetamu "Motivasi Pagi" / "Terapi Jiwa" Radio Malaysia Pahang FM (2007 - 2013)

Panel Hakim :
  • Peraduan Mengarang Cerpen Remaja Sekolah Menengah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (2011-2012 )
  • Pesta Pantun UKM 2011 (Ketua Hakim) 
  • Pesta Pantun Bestari, anjuran Universiti Malaya Mac 2011
  • Pesta Pantun MAKUM, anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ogos 2010
  • Pesta Pantun Bestari, anjuran Universiti Malaya Mac 2010
  • Peraduan Mengarang Cerpen dan Novel Kanak-kanak dan Remaja Karyanet 2005, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur


Hal-hal lain 
  • Diterima masuk ke Malaysian Bar mulai 23 Ogos 1998
  • Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan (2001-2003)
  • Pernah bertugas di firma guaman Nor Affiza & Co, Seremban (1997-2001) sebelum membuka firma guaman sendiri Nisah Haron & Co. (2001-2006)
  • Mendapat tauliah peguam syarie di Negeri Sembilan sejak tahun 1997 sehingga 2006
  • Menjadi penulis sepenuh masa sejak 2006
  • Banyak menulis artikel undang-undang untuk Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan makalah untuk Jurnal KANUN dan Pemikir. 
  • Dilantik sebagai penasihat undang-undang Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) (Sept 2008 - April 2009)

Tulisan-tulisan tentang Nisah Haron
 

Artikel majalah :
  • Kisah Manusia Beri Ilham - Mingguan Wanita 9 - 15 Mac 2012  
  • Lentera Mustika Sebuah Tautologi (Faisal Tehrani) - Dewan Sastera, September 2009
  • Tawarikh Cinta : Sastera Sejarah yang Baharu (Saifullizan Yahya) - Dewan Sastera, April 2009
  • Menatar Binaan Naratif Gaya Nisah (Dato' Anwar Ridhwan) -Dewan Sastera, Ogos 2008
  • Dua Dunia Yang Saling Melengkapi (Shahrun Nizal Mohd Nor) - Tunas Cipta, Mac 2002
  • Perjalanan Kreativiti Seorang Cerpenis (Shahrun Nizal Mohd Nor) - Tunas Cipta, Mac 2002
  • Sorotan Buku : Impian Tsu-Ryi - Apabila Peguam Menulis (Rozninah Abd. Azib) - Dewan Sastera, November 2002

Artikel Akhbar :
  • Kembara Seorang Sasterawan (Ku Seman Ku Hussain) Mingguan Malaysia, 16.09.2012
  • The Art of Writing Stories (Bissme S.) The Sun, 15.12.2010
  • "Mencari Locus Standi" Aspek Undang-undang sebati dalam karya kreatif (Nur Azzureen Nor Hisham) Berita Harian, 16,10.2009
  • "Lentera Mustika" Sarat Maklumat (Al-Abror Mohd Yusof) Harian Metro, 6.10.2012
  • Pelopor Jual Buku Guna Internet (Rahayu Mohd Salleh) Harian Metro, 29.09.2009
  • Lindungi Hak Cipta Penulis - Nisah Haron Beri Cara Mudah Untuk Bantu Pengarang (Nazmi Yaakub) Berita Harian, 10.10.2008
  • Cabaran Ibu Bekerja - Nisah Haron Buktikan Tanggungjawab seabgai Peguam, Penulis dan Ibu kepada Tiga Anak (Fadzlena Jafar) Bertia Harian, 14.02.2006
  • Karya Nisah rangsang minda (Mohd. Amin Jalil) - Metro Ahad, 22.02.2004 
  • Nisah Haron: keresahan, pengalaman modal berkarya (Luqman Hakim) - Utusan Malaysia, 10.05.2003
  • Nisah mencari Locus Standi (Abdul Latip Talib) - Mingguan Malaysia, 11.7.2004
  • Nisah, Faisal ada harapan dalam dunia penulisan (Hassan Omar) - Berita Harian, 18.10.2003
  • Nisah peguam gigih hasilkan karya sastera - Harian Metro, 02.03.2004
  • Nisah garap kisah dunia guaman (Rahayu Mohd Salleh) - Metro Ahad, 13.09.1998
  • Nisah Haron menangi Hadiah Cerpen ESSO - Gapena X (Siti Rohayah Attan) - Utusan Malaysia, 02.08.1997
    Untuk maklumat lanjut, sila kembali ke Laman Utama.

    Kemas kini pada : April 2013
    Related Posts with Thumbnails