Hadiah Nobel Kesusasteraan 2004

Jam 1.00 petang waktu Sweden - seorang penulis wanita berbangsa Austria diumumkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2004. Beliau ialah Elfriede Jelinek. Kali terakhir penerima hadiah berprestij ini diberikan kepada seorang wanita ialah pada tahun 1996 iaitu Wislawa Szymborska, penyair Poland.

Untuk maklumat lanjut tentang penulis ini klik sini.

Persoalannya, sebelum kita bertanya di manakah penulis-penulis kita. Tanyakan dulu, sudahkah kita membaca karya-karya mereka? Tidak kiralah sama ada yang asal (kalau fasih berbahasa ibunda mereka) ataupun terjemahannya. Berapa ramai di antara kita telah membaca karya Gabriel Garcia Marquez, Naguib Mahfouz, J.M. Coetzee. Rasanya kalau diadakan kuiz Hadiah Nobel Sastera, ramai di antara kita yang gagal menjawab :)

Uji minda anda di laman web www.nobel.se.

Petang nanti akan diumumkan penerima Hadiah Nobel Keamanan 2004. Kalau masuk ke laman web Nobel Prize malam nanti, barangkali sudah diumumkan.

Kepada penulis, pencinta seni sastera dan sesiapa sahaja yang berminat, apa kata kita hayati karya mereka dan cari kekuatan karya-karya ini. Pasti banyak kelainannya.


Ulasan

Catatan Popular