Novel Baru

Alhamdulillah, novel kanak-kanak saya yang terkini telah siap dicetak. Bakal diedarkan pada tahun depan insya-Allah.

Nisah menulis novel kanak-kanak? Hmmm... beralih angin nampaknya. Begitulah, saya sekadar mencuba.

Judulnya Farris, Putera Yang Hilang.




Sinopsis : Kisah seorang putera dari negara Suria Zabarjad. Dalam usia 12 tahun, dia telah dilantik menjadi putera mahkota kerana ayahandanya gering. Ditekan oleh desakan dari pelbagai pihak dan nalurinya yang ingin menjadi seorang bebas, Putera Farris melarikan diri dari istana. Dia melalui pelbagai pengalaman sepanjang pengembaraannya.

Pengalamannya itu kelak bakal mewarnai dirinya sebagai seorang putera mahkota yang berwibawa.

Antara pengalamannya : bertemu dengan seorang tua misteri yang bijaksana, melalui sebuah kampung aneh yang hanya didiami oleh haiwan, singgah di Istana Puteri Semendarasa Dewi yang mistikal, masuk ke sebuah gua kristal dan akhir sekali mencari penawar untuk penyakit ayahandanya.

Sesuai untuk bacaan kanak-kanak : 10 - 13 tahun. Setiap halaman dipenuhi dengan ilustrasi warna-warni. Tebal : 84 halaman

Ulasan

Nisah Haji Haron berkata…
Testing... testing... ada orang kata, tak boleh hantar komen di blog saya. Hmmm... Kejap, gi ambil skru driver...

Catatan Popular