Koleksi Buku

Dapat sms ceria daripada teman penulis - Mawar Shafei : The beauty of morning isn't the sunrise but the thought of God giving us another day to see through life. Wishing u a nice fruitful day n slmt menyambut maal hijrah. May Allah shower us with his unlimited blessings.

Ah, terima kasih Mawar! Sesungguhnya kita seringkali terlupa bersyukur betapa setiap pagi kita masih lagi bernafas untuk meneruskan kehidupan.

Dua tiga hari lepas banyak buat kataloging. Sasaran utama, buku-buku undang-undang. Mula-mula susun ikut abjad. Asalnya, buat manual. Pakai buku indeks fullscap yang dah siap A,B,C pada sisi kanannya. Lepas tu, alihkan dalam Excel. Senang sikit bila buat sorting. Kira-kira punya kira adalah hampir 200 buku koleksi undang-undang saya.

Kebanyakan buku telah mula saya beli sejak zaman jadi pelajar matriks di UKM dulu. Tak sesia saya membina koleksi ini. Banyak faedahnya sekarang bila saya mula mendapat tawaran menulis rencana-rencana undang-undang di akhbar dan majalah-majalah. Bila dah buat katalog ni senang sikit bila kena cari bahan, semuanya dah sekumpul dalam satu bahagian. Kalau nak kena tulis tentang hak cipta, misalnya, dah ada sederet buku rujukan untuk undang-undang hak cipta. Ini turut memudahkan saya bila menulis ruangan siri undang-undang di Dewan Siswa. Juga sesekali untuk Dewan Masyarakat juga.

Alhamdulillah, lega... Dah lama saya bercita-cita untuk buat katalog ni.

Cita-cita seterusnya nak katalogkan buku sastera pula. Tapi yang ini benar-benar mencabar. Rasanya saya ada tak kurang ataupun hampir 500 judul untuk koleksi sastera. Nak membahagikannya juga tidak mudah. Mula-mula nak kena pisahkan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kemudian fiction dengan non-fiction. Itu belum masuk koleksi buku Indonesia pulak!

Hmm... bab ini kena buat perlahan-lahan. Tapi bila dah tersusun, memang seronok. Ada sesetengah buku tu, saya dah lupa pun yang saya pernah membelinya. Ini tak boleh jadi. Nanti terbeli dua kali! Tapi masih tak rugi kalau ada dua copy. Boleh buat hadiah pada hari jadi kawan-kawan.

Teringat zaman persekolahan dulu, kawan-kawan serangkai : Rozie, Marina, Nora & Haniem. (Rujuk Puisi Akhir Musim Bunga dalam kumpulan cerpen Impian Tsu-Ryi). Kami kongsi duit berempat untuk belikan buku untuk kawan yang seorang lagi. Lepas tu, kongsi sama-sama baca buku itu ikut giliran. Semua orang gembira. Win-win situation.

Saya seronok hidup dikelilingi buku. Terima kasih pada suami saya kerana 'menghidupkan' Ujana Ilmu. Pejabat kecil Ujana Ilmu yang beroperasi di rumah kami menyebabkan setiap sudut rumah kami dihiasi buku. Dulu memang banyak bunga di sana-sini, tetapi sejak ada anak-anak kecil, semua bunga itu sudah saya 'rehatkan'. Sebagai ganti, buku-buku yang diletakkan amat dihargai oleh anak-anak saya. Mula-mula dulu, mereka suka hendak 'bermain' dengan buku-buku saya tetapi kini mereka telah mula menghormati apa-apa yang bukan milik mereka.

Bahkan, turut disediakan mempunyai ruang untuk meletakkan buku-buku kecil mereka. Syukurlah, mereka memilih buku berbanding bunga-bunga yang hanya mengumpulkan habuk dan debu.


Ulasan

Catatan Popular