Baca Sendiri dan Tafsirkan...

Seperti yang saya janjikan dalam entri semalam, saya sertakan di sini pautan untuk mereka yang tidak sempat membaca rencana 'kontroversi' saya. Saya tak kata rencana ini penuh kontroversi cuma beberapa pihak yang tiba-tiba menerjah dan melompat sahaja. Saya juga tidak meminta pembaca semua sama-sama terheret dalam kancah ini. Terpulang kepada para pembaca, tafsirannya di tangan anda.

Ini juga bukan ruang siapa betul siapa salah. Ini lebih kepada ruang muhasabah. Di mana letak duduknya Sastera Melayu dan Sastera Inggeris. Sama-samalah kita fikirkan.

Baca : Dilema Penulis Fiksyen Inggeris Tempatan
(Dewan Sastera Ogos 2005)

p/s : Tiba-tiba saya teringat kata-kata ini : Bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh...

Aneh bukan? :-)

Ulasan

Catatan Popular