Bengkel Novel Bersama-sama Dr. Zakaria Ali

Mulai 10 - 12 Mac 2006, PEN akan menganjurkan Bengkel Penulisan Novel di Sri Menanti Resort, Sri Menanti, Negeri Sembilan. Saya akan berada di sana sepanjang tempoh tersebut. Bengkel ini tidak diwar-warkan di sini kerana ia bersifat tertutup. Peserta juga terhad kepada 10 orang dan dijemput melalui undangan sahaja.

Pembimbing bengkel ini ialah Dr. Zakaria Ali - Pemenang S.E.A. Write Award 2003, Tokoh Novelis Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005, juga profesor madya di USM, Pulau Pinang. Sebagai anak kelahiran Negeri Sembilan, beliau telah sudi kembali menyemai bakti bagi membimbing tunas-tunas baru di sini.

Insya-Allah, laporan tentang bengkel ini akan saya tulis sekembalinya saya nanti.

Ulasan

Catatan Popular