Iladam Meninggal Dunia
Hari ini jam 4.00 pagi, Md Ali Bachik atau nama penanya Iladam meninggal dunia. Hari ini dunia sastera Melayu, terutama sekali sastera tradisional kehilangan sebutir mutiara.
Melalui beliau, saya belajar bagaimana bersyair dengan pelbagai lagu - irama Siti Zubaidah, irama Selendang Delima, irama Batu Belah dan sebagainya. Beliau juga menurunkan ilmu tentang seloka, gurindam.
Iladam juga penulis buku "Khazanah Puisi Klasik Melayu" yang menghimpunkan pelbagai puisi Melayu tradisional. Mungkin kita biasa mendengar pantun dan syair. Tetapi bagaimana dengan rubai', rejang, rangkait dan bahasa berirama.
Beliau juga membawa bersama-samanya banyak ilmu yang tidak sempat kita warisi. Saya tahu masih ada buku yang beliau ingin karang lagi.
Demikianlah, apabila orang yang berilmu dijemput Tuhan, ibaratnya satu perpustakaan telah terbakar...
Al-Fatihah

Ulasan
Saya terharu. Arwah merupakan bekas guru saya semasa di sek rendah. Sehingga ke hari ini, saya amat mengagumi beliau. Akak ada simpanan karya beliau?
Mohd Fairus Aris (012-2448757)
Sek. Keb. Kg. Gelam
1989-1995