Nisah Haron dalam Quill-MPH

Ingin membaca lebih lanjut? Dapatkan Quill (Aug-Oct '06), majalah terbitan MPH dari rangkaian kedai buku MPH. Harga RM8. Bagi yang ada kartu MRC, boleh dapatkan secara percuma di tempat yang sama. Khabarnya, pihak MPH tidak lagi mengirim Quill kepada ahli MRC seperti dulu. Quill juga sudah lebih tebal, lebih besar (dulu bersaiz A5) dan mempunyai artikel-artikel berbahasa Melayu.

(Komen : MPH Quill saya kira masih memerlukan editor Bahasa Melayu yang baik. Saya mengesani beberapa kesalahan tatabahasa dalam artikel dan wawancara tentang saya.)

**Nisah Haron, sebagai penulis sudah 'diperagakan' dalam majalah ini. Ertinya, pembaca dan pelanggan MPH telah dimaklumkan dengan kewujudan seorang penulis Melayu berbahasa Melayu. Namun, persoalannya, adakah buku saya Mencari Locus Standi akan terus dibekalkan ke kedai ini? Secara teorinya, tentu ada permintaan terhadap buku ini terutama sekali bagi mereka yang baru sahaja bersua dengan nama ini.

Ulasan

Wan A. Rafar berkata…
Tahniah kerana mendapat tempat dalam Quill. Saya menerima majalah MPH itu minggu lepas.
Unknown berkata…
Tahniah juga.

Sekali pandang foto di majalah Quill tu, nampak `sebaya' dengan Ted MahSun pula. :)
bibliobibuli berkata…
it was lovely to see you in there. i'm so sad i missed the event.

Catatan Popular