Lebih senduk dari gulai


Senduknya diimport dari Seberang.
Kuahnya gulai biasa.
Di sini juga ada banyak senduk.
Tetapi senduk dari Seberang itu yang dilihat lebih molek mengacau kuah di sini.

Meniti hari-hari terakhir Ramadhan,
Saya memilih untuk mengacau rendang dengan senduk tradisi,
milik keluarga sendiri. Milik peribadi
Itu lebih hakiki.

Semakin ke penghujung Ramadhan
kian terserlah warna kawan dan lawan
dalam dunia persuratan...

Salam Idulfitri buat semua pengunjung
Maaf Zahir & Batin

ikhlas,
Nisah Haji Haron

Ulasan

Unknown berkata…
Salam.

Kehakikian kehidupan begitu. Yang penting kita teruskan perjuangan kita.

Salam Aidilfitri buat Shukri & Nisah sekeluarga.

Mohon maaf atas segala bahasa sasar dan perbuatan kasar.
Tanpa Nama berkata…
Agaknya, kuah di seberang sana dah 'cukup kacau' hingga senduknya sendiri tak diperlukan lagi. Jadi, senduk yang tak boleh lagi nak mengacau kuah sendiri yang dah cukup kacau itu -- datanglah ke sini mahu mengacau kuah orang-orang sini.

Tapi saya tak betah dengan gulai orang seberang. Saya tak tahu sama ada ia kelat, masam atau manis. Banyak bahan perasanya saya tak faham! :)

Selamat Menyambut Aidilfitri untuk Nisah sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
Jong berkata…
salam,
saya tak fahamlah, adakah entri ini ada apa-apa analogi?
Rem tolong jelaskan!
terima kasih terlebih dahulu
wassalam
Jong berkata…
Y Allah, tak ada siapa ke nak terangkan pada saya. Saya baca blog abang Helmy Samad, entrinya pendek berbunyi begini:
Dipetik dari http://helmysamad.blogspot.com/

(Jerebu seberang...
Hari ini yang menarik perhatian saya adalah apabila membaca sebuah artikel di Mingguan Malaysia. Tergeleng sedikit sambil tersenyum, saya merasakan ada tangan "halimunan" sebenarnya di sebalik tulisan sebegitu.

Saya senang kerana selama ini tiada "benang basah" yang dapat ditegakkan - apa yang ditulis seperti biasa seperti sebuah "skrip" dalam novel cinta remaja yang mungkin saja memercik indah bak bunga api. Saya "mahu" rasa terhina, tetapi walau dihadam dari beberapa sudut, aneh...saya tidak mampu rasa begitu. Mungkin saja kerana tulisan itu tidak ditujukan kepada saya. Mungkin saja saya tiada "jiwa" sastera. Tapi, saya lebih rasakan ini seperti situasi "adakah harus aku menyalak balik pada anjing (atau anjing-anjing) yang menyalak padaku?"

Ah, jerebu...)

Errr inikah ia? Takutlah!
Selamat Menyambut Aidilfitri buat kak sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
Tanpa Nama berkata…
Puan Nisah, lebih senduk dari gulai atau lebih senduk daripada gulai?
BooK berkata…
saya mahu jadi kawan. lebih mudah!
dugongsenyum berkata…
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Nisah sekeluarga.
tuan tanah berkata…
selamat hari raya.

maaf zahir batin, fizikal & mental.
mfrstudio berkata…
salam.. pertama kali memberi komen di blog ini,

saya pun ingin tahu.. dari segi penggunaan bahasa adakah patut lebih senduk dari gulai atau lebih senduk daripada gulai...

saya harap para penulis sastera dapat berbincang dengan baik dalam memartabatkan sastera melayu-islam.. jangan dipanjang-panjangkan perselisihan.. carilah pertemuan.

kita tahu.. sejauh mana perselisihan para penggiat sastera melayu samaada aliran popular atau aliran sastera yang benar-benar sastera, remaja melayu khususnya atau masyarakat melayu am nya masih jauh dari budaya membaca.. apatah lagi membaca karya-karya melayu..

semoga semua orang melayu-islam bersatu,dan hentilah sindir menyindir atau selisih berselisih.

bincanglah. muhasabahlah. bekerjasamalah.

wassalam.

MFR .
Nashé Abdillah berkata…
Puan Nisah,

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Nashé Abdillah berkata…
Puan Nisah,

Salam Aidilfitri. Semoga gembira di samping keluarga.

Catatan Popular