Lebih senduk dari gulai
Senduknya diimport dari Seberang.
Kuahnya gulai biasa.
Di sini juga ada banyak senduk.
Tetapi senduk dari Seberang itu yang dilihat lebih molek mengacau kuah di sini.
Meniti hari-hari terakhir Ramadhan,
Saya memilih untuk mengacau rendang dengan senduk tradisi,
milik keluarga sendiri. Milik peribadi
Itu lebih hakiki.
Semakin ke penghujung Ramadhan
kian terserlah warna kawan dan lawan
dalam dunia persuratan...
Salam Idulfitri buat semua pengunjung
Maaf Zahir & Batin
ikhlas,
Nisah Haji Haron
Ulasan
Kehakikian kehidupan begitu. Yang penting kita teruskan perjuangan kita.
Salam Aidilfitri buat Shukri & Nisah sekeluarga.
Mohon maaf atas segala bahasa sasar dan perbuatan kasar.
Tapi saya tak betah dengan gulai orang seberang. Saya tak tahu sama ada ia kelat, masam atau manis. Banyak bahan perasanya saya tak faham! :)
Selamat Menyambut Aidilfitri untuk Nisah sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
saya tak fahamlah, adakah entri ini ada apa-apa analogi?
Rem tolong jelaskan!
terima kasih terlebih dahulu
wassalam
Dipetik dari http://helmysamad.blogspot.com/
(Jerebu seberang...
Hari ini yang menarik perhatian saya adalah apabila membaca sebuah artikel di Mingguan Malaysia. Tergeleng sedikit sambil tersenyum, saya merasakan ada tangan "halimunan" sebenarnya di sebalik tulisan sebegitu.
Saya senang kerana selama ini tiada "benang basah" yang dapat ditegakkan - apa yang ditulis seperti biasa seperti sebuah "skrip" dalam novel cinta remaja yang mungkin saja memercik indah bak bunga api. Saya "mahu" rasa terhina, tetapi walau dihadam dari beberapa sudut, aneh...saya tidak mampu rasa begitu. Mungkin saja kerana tulisan itu tidak ditujukan kepada saya. Mungkin saja saya tiada "jiwa" sastera. Tapi, saya lebih rasakan ini seperti situasi "adakah harus aku menyalak balik pada anjing (atau anjing-anjing) yang menyalak padaku?"
Ah, jerebu...)
Errr inikah ia? Takutlah!
maaf zahir batin, fizikal & mental.
saya pun ingin tahu.. dari segi penggunaan bahasa adakah patut lebih senduk dari gulai atau lebih senduk daripada gulai...
saya harap para penulis sastera dapat berbincang dengan baik dalam memartabatkan sastera melayu-islam.. jangan dipanjang-panjangkan perselisihan.. carilah pertemuan.
kita tahu.. sejauh mana perselisihan para penggiat sastera melayu samaada aliran popular atau aliran sastera yang benar-benar sastera, remaja melayu khususnya atau masyarakat melayu am nya masih jauh dari budaya membaca.. apatah lagi membaca karya-karya melayu..
semoga semua orang melayu-islam bersatu,dan hentilah sindir menyindir atau selisih berselisih.
bincanglah. muhasabahlah. bekerjasamalah.
wassalam.
MFR .
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Salam Aidilfitri. Semoga gembira di samping keluarga.