Selamat Tahun Baharu 1430H
Semoga ada pembaharuan yang kita mampu lakukan sempena Tahun Baharu ini. Biarlah sekecil mana sekalipun, namun jadikan ia perubahan yang paling positif dalam hidup kita.
Baca doa akhir tahun pada waktu akhir Asar (dalam 15 minit) sebelum masuk waktu Maghrib.
Selepas solat Maghrib, boleh baca pula doa awal tahun.
Usah persoalkan bida'ah ataupun tidak amalan ini, kerana semua orang mahu masuk syurga. Saya percaya berdoa dan bermuhasabah sempena tahun baharu ini jauh lebih baik daripada terkinja-kinja tak tentu hala pada malam tahun baharu yang satu lagi.
Semoga azam-azam yang tertunda dapat kita sempurnakan!
Salam Maal Hijrah dari
Nisah Haron Online

Ulasan
Semoga setiap langkahan dan usaha kita lahir dari niat yang ikhlas, diberkati Allah dan dilimpahi rezeki halal.
Amin.
Salam Maal Hijrah.
Yang suka terkinja-kinja tak tentu hala itu rata-ratanya anak bangsa kita...kita doakan pintu hati mereka terbuka untuk belajar berubah menerima kenyataan bahawa hidup di dunia hanya sementara...syurga jualah idaman kita seharusnya...
Semoga lembaran baharu dalam kehidupan Nisah sekeluarga diwarnai qada & qadar yang terbaik.