Mari Kita ke Shah Alam!

Ahad, 22 April ini akan berlangsung Seminar Pencinta Buku 2 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam.

Masuk: RM20.00 seorang
Tarikh: 22 April 2007
Masa: 8:00am - 5:30pm
Tempat: PPAS

Maklumat lanjut : Sila layari laman web bukuonline.org.

Saya telah diundang sebagai seorang daripada pembentang. Antara yang akan turut membentangkan topik "Pesona Toko Buku" ini ialah SN Dato' A. Samad Said, Jiwarasa, dan ramai lagi. Untuk senarai penuh pembentang, sila klik di sini.

Saya telah diminta menceritakan pengalaman Ujana Ilmu sebagai sebuah kedai buku maya.

Jadi, mari kita berkampung di Shah Alam hujung minggu ini. Bukan mudah semua pencinta buku dapat dihimpunkan di bawah satu bumbung. Biasanya mereka semua ini akan 'terperuk' di rumah masing-masing 'bercinta' dengan buku. Inilah masanya mereka akan keluar beramai-ramai, bertukar-tukar maklumat tentang buku, bagaimana hendak susun buku di rak buku, bagaimana hendak membina kabinet buku ataupun mungkin sahaja dapat bertukar maklumat tentang kontraktor mana yang baik untuk mengubahsuai bilik supaya menjadi perpustakaan peribadi dan pelbagai topik sekitar buku, buku dan buku!

--> Lihat entri Faisal Tehrani tentang rak buku :-)

Kepada yang tak pasti bagaimana hendak ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor, letaknya bersebelahan dengan Masjid Shah Alam (yang kubah biru dan sangat besar itu!) berdekatan dengan Muzium (yang pernah mengadakan pameran hantu). Datang awal, sebab tempat letak kereta agak terhad di kawasan tersebut.

Jumpa di sana!

Ulasan

Nazhatulshima N berkata…
Insya Allah, tiada aral melintang, saya akan turut serta. Lama sudah tak bersua.

Catatan Popular