Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007


Saban tahun program ini dilihat semakin cepat. Tetapi, tahun ini saya membayangkan mereka yang mengambil bahagian dalam Pesta Buku kali ini akan mendapat untung yang besar. Rasionalnya:

- hujung bulan (baca : gaji dah masuk)
- cuti umum banyak. 27, 28 April cuti, Isnin ramai ambil cuti tersepit sebab 1 & 2 Mei cuti umum lagi (Hari Buruh & Wesak).

Selalunya, saya lebih selesa ke Pesta Buku pada hari-hari yang bukan cuti. Barulah santai mahu bergerak dari satu gerai ke satu gerai. Tidak perlu terlalu bersesak-sesak. Kalau pergi pada hari cuti, nak bernafas pun sukar.

Mujur juga pada tahun ini Pesta Buku tidak diadakan di seberang sungai lagi. Kalau tidak lagi siksa nak berjalan dan bernafas. Jika tiada keperluan, gerai-gerai yang selalunya padat seperti Alaf21 dan Creative Enterprise boleh terus dielak sahaja. Saya akan mencari buku-buku yang sukar diperoleh di kedai-kedai buku biasa dan buku luar negara.

Ramai juga yang bertanya sama ada Ujana Ilmu akan buka booth pada Pesta Buku tahun ini. Maaflah, Ujana Ilmu belum ada kapasiti untuk berbuat demikian. Insya-Allah, doakan kami dimurahkan rezeki serta diberkatkan rezeki itu, kita mungkin akan bertemu dalam Pesta Buku tahun-tahun berikutnya.

Sementara itu, selamat berbelanja dan menyelongkar ilmu!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum wbt,

Saya amat bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Kak nisah iaitu dengan membeli buku-buku yang sukar didapati di kedai-kedai buku biasa semasa pesta buku antarabangsa. Walaubagaimanapun, terdapat jua buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku biasa, dijual dengan lebih murah di pesta buku.

*mr_attorney*
Zaid Akhtar berkata…
salam.
tahun lepas rasanya lebih cepat sebulan (akhir Mac hingga awal April 2006).

tapi saya suka tarikhnya yang dulu juga iaitu sekitar akhir Mei hingga awal Jun. serentak dgn cuti sekolah semester i. justeru dapatlah kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami di sana selalunya! :-)
Tanpa Nama berkata…
Salam Sis,

''Gerai Alaf 21 dan Creative boleh terus dielak sahaja...''

That's what I call a statement!Hahaha...wakaka...muargh!(Mengilai seperti zombie)
Azree MH berkata…
Saya dari tahun lepas lagi tidak berkesempatan untuk mengunjungi pesta buku.

Pertamanya kerana saya tinggal di JB dan baru sahaja balik ke rumah dari UIAM PJ.

Keduanya sebab kena jadi buruh kasar sat kat rumah.
Nisah Haji Haron berkata…
Afiq,
Kalau ada buku yang berkualiti dan murah pula, siapa pula hendak tolak rezeki begitu, bukan? :-)

Zaid,
Bertuahnya badan, celebrate anniversary di Pesta Buku. Hmm... bilakah agaknya Pesta Buku KL nak buat pada bulan Januari?

Rai,
Hidup mesti ada statement! Itukan kenyataan.

Nurani Nafa,
Kalau tak sempat beli di Pesta Buku, beli saja dari Ujana Ilmu :-)

Puan Ainon,
Bagaimana mungkin harus kuelak gerai PTS yang berhias indah itu! Pegawai-pegawanya pula mesra melayan kami. Sayang tak sempat bergambar. Orang ramai dan tangan pun penuh!
Tanpa Nama berkata…
saya kurang yakin dgn kehadiran jika ia dibuat masa cuti yg panjang. Kecenderungan org KL ialah balik kampung jika cuti sebegitu rupa.

Tengoklah nanti...

Catatan Popular