Esok saja...


Berapa kali kita bertangguh untuk melakukan sesuatu sehinggalah ke suatu masa yang kita sendiri tidak pasti? Untuk menyedapkan hati, kita pun bertangguhlah... kalau pagi, tangguh ke petang. Kalau malam tangguh ke esok hari.

Kata pepatah Inggeris, Procrastination is the thief of all time.

Penyakit bertangguh ini suatu wabak yang boleh membunuh seorang penulis juga. Hanya semangat dan dorongan dari dalam diri yang boleh menghapuskan wabak bertangguh ini.

Tulisan ini saya tidak tujukan kepada sesiapa, sekadar peringatan buat diri sendiri bahawa dalam banyak hal, ada seribu satu perkara yang tidak wajar ditangguh-tangguhkan. Esok-esok ataupun beberapa saat dari sekarang, kita tidak tahu apa yang yang boleh berlaku kepada kita.

Oleh sebab itu, dalam Islam juga, kita dituntut supaya merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Saya juga selalu mendapat rungutan dan luahan rasa para penulis ataupun calon penulis yang berkata, "Saya memang hendak menulis, tetapi tiada masa." Ataupun, mereka bercadang untuk menulis pada waktu hujung minggu, ataupun pada waktu cuti semester (biasanya pelajar) dan pada pelbagai waktu akan datang yang dijanjikan kepada dirinya sendiri.

Janji itu harus ditepati, walaupun janji itu untuk diri sendiri.

Dari itu, kalau sudah berjanji pada diri sendiri supaya menulis hari ini, lunaskanlah! Adakalanya memang terlalu sukar dan kita pun dengan segera menyalahkan banyak perkara lain yang tiada kaitan dengan penulisan itu seperti hujan (blame it on the rain), dakwat printer habis, tak ada laptop, belum ada nama pena, cerpen belum ada tajuk, belum dapat nama watak yang sesuai dan seribu satu alasan untuk tidak menulis.

Kononnya, kita sedang berfikir untuk menulis. "Tetapi nantilah, esok-esok manuskrip itu akan siap juga," kita pun berkata untuk menyedapkan hati sendiri.

Ayuh! Kalau sudah bersumpah setia dengan diri untuk menjadi penulis, apa perlu dorongan dan motivasi dari luar. Janji pada diri sendiri itu lebih penting. Malah, wajib dilaksanakan.

Jika benar mahu menulis, kenapa masih melayari dan melompat dari satu blog ke satu blog. Teruskan sahaja menulis!

Benarkan mahu mencari inspirasi menulis? Ah, itukan alasan juga namanya.

Menulis!

Ulasan

Nazhatulshima N berkata…
Nisah,
Terasa saya. Namun, kata-kata yang membakar semangat. Perlu tunaikan janji-janji pada diri saya. Tiada alasan lagi. Terima kasih!
Unknown berkata…
Salam.

Astaga patutlah resah semalam rupanya ada yang mencuit...hahahaha
Tanpa Nama berkata…
Salam,

I agreed with you Nisa. Thanks for reminding every body. In our life we should remind each other so that when we forgot, others will remind us back.

Hanita Hassan
Melaka
Unknown berkata…
Salam,

Terima kasih kerana memperingatkan saya. Menangguh kerja memang tabiat buruk yang sukar saya mahu ubah...
Fahd Razy berkata…
Terlalu benar. Terutamanya penulis+pelajar. Dalam masa yang sama juga terlalu sukar nak dikikis. owh...
Tanpa Nama berkata…
Salam Kak Nis,
Mengajar di UPM ni contohnya, si Saufi selalu beri alasan sibuk dengan kuliah (PJ) dan MPP untuk tak menulis mahupun update blog. Tapi Lan rajin, pantang ada masa je dia menulis. Bukan nak membanding-banding adik 2 orang ni. Tapi kalau kita mahu, sibuk macam mana pun kita boleh buat.

Yang menangguhkan kerja-kerja ni ialah godaan-godan lain yang sukar ditepis tapi tak penting pun...hahaha!Tengok TV la, kawan ajak main bola la,shopping la...ataupun melompat dari blog k blog, macam yg I dok buat la ni!Nyeh nyeh nyeh!
Azree MH berkata…
Kak Rai,
Kita memang berkongsi hobi yang sama. Menulis blog boleh, tapi bila sampai tulis cerpen...Opss..tergantung hilang konsentrasi..

Malas punya pasal.

Catatan Popular