Fiksyen Sains atau Fantasi?


Dewan Sastera Mei 2007 memfokus isu penulisan fiksyen sains di Malaysia. Ini suatu topik yang agak jarang diperkatakan, tetapi masih relevan dengan sastera tempatan.

Ramai yang keliru antara mazhab sains fiksyen dan juga fantasi. Bagi saya, kedua-duanya mempunyai 'bahasa' penulisan yang berbeza. Sesungguhnya, saya bersetuju dengan penulis fantasi David Eddings, "science fiction and fantasy books shouldn't be put together on the same shelves!".

Di Malaysia, sains fiksyen mahupun fantasi, dilihat seperti makhluk asing. Tidak kurang yang mengenepikannya.



Ikuti tulisan saya, "Fiksyen Sains Bagaikan Makhluk Asing", tulisan SM Zakir "Wujudkah fiksyen sains di Malaysia". Jangan ketinggalan lukisan pengalaman seorang penulis fiksyen sains dan juga fantasi yang sudah lama membuat 'comeback' dalam pengkaryaannya - Ahmad Patria Abdullah.

Kepada yang merindui hasil tulisan Ahmad Patria, baca Dewan Sastera Mei 2007 kerana cerpen beliau berjudul Pedang Damocles turut dimuatkan di dalam majalah ini.

Realitinya, penulisan sains fiksyen dan juga fantasi memerlukan pemain. Sudah terlalu ramai yang berkarya menggunakan latar realisme. Ayuh, mereka yang terutamanya mempunyai pengetahuan ataupun disiplin sains, silalah tajamkan pena anda kembali. Dunia sastera kita perlu diwarna-warnikan. Dewan Kosmik juga khabarnya ketandusan karya fiksyen sains.

Takkanlah semuanya mahu menulis novel cinta semata-mata?

*Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Ulasan

Azree MH berkata…
Erm, Kak Nisah. Tumpang tanya. Adakah novel 1511(H) Kombat itu boleh dikatakan fiksyen sains?
Tanpa Nama berkata…
Menarik tu. Saya pun dah lama tak memesrai sains fiksyen ini dek keasyikan meneliti epik dewa-dewi. Dari Mahabrata hinggalah ke Cik Siti Wan Kembang. Satu Obsessi bermula lewat 2006 hingga kini. Sains fiksyen ini satu cadangan yang mengujakan. Thanx Nisah.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Nisah

Dah lama tak menulis, tapi baca Dewan Sastera Mei ni, macam terpanggil pulak nak tulis novel fantasi balik...ada ker pasaran buku fantasi kat Malaysia ni..?

Rosman Nordin
awan sirus berkata…
Salam..
Dulu saya pernah terbaca tentang buku Ahmad Patria Abdullah akan terbit lagi selepas Legenda Numerius. Juga tentang komik yang dilukis Rosh untuk cerita Artakusiad. Tapi sampai sekarang, saya tak pernah lihat pun? Tertunggu-tunggu juga karya fantasi tu?
Nisah Haji Haron berkata…
Nurani nafa,
Bukankah tafsiran setiap pembaca itu amat pelbagai sifatnya. Biarlah pembaca yang menafsirkannya. Saya tidak boleh memberi noktahnya.

Mardhiah,
Ingin sekali membaca karya fiksyen sains anda.

Sdr Rosman,
Saya tetap merindui karya-karya fantasi sdr. Bila lagi mahu menulis? Tentu banyak pengalaman dari Russia yang boleh dimanfaatkan. Saya percaya niche market tetap ada pada setiap bentuk tulisan.

Hazeru,
Untuk maklumat lanjut tentang Ahmad Patria dan kelangsungan tulisan beliau selepas Legenda Numerius, layari www.artakus.net. By the way, you cannot hurry art! :-)
Unknown berkata…
Salam.

Sebagai penerbit saya tahu ada pasaran bagi karya-karya sains fiksyen. Karya sebegini banyak ada di sekolah-sekolah, tetapi malangnya mutu penulisan dan bukunya rendah (bukan karya sdr Ahmad Patria). Dan saya tidak terkejut jika dilakukan dengan betul dan bermutu sesebuah karya sains fiksyen itu mampu menyaingi novel cinta remaja dari segi jualan.
Tanpa Nama berkata…
Cik Nisah budiman lagi bijaksana,

Kata kata David Eddings mengenai beda karya sains fiksyen dan fantasi itu memang patut sekali diungkapkan sebagai peringatan untuk semua, (calon penulis, penerbit dan pembaca). Bukan apa, sebelum terlewat kerana kita masih digaris mula untuk genre ini. Kekaburan antara keduanya sudah kerap sangat berlaku. Elok sangat entri ini! Terima kasih.
Firdaus Ariff berkata…
Pada hemat saya, fantasi dan fiksyen sains ada titik pertemuannya. Persamaan: Dunia Rekaan, Teknologi/Magik, Negara/Puak Rekaan. Bezanya dari segi elemen teknologi atau magik. Persoalan yang dibawa masih sama: baik lawan jahat, keadilan, alam sekitar, baik buruk teknologi/magik.

Saya juga baru sahaja bermula dalam penulisan karya fantasi. Sila lawati blog khas untuk itu di http://studioinspirasi.madani-media.com

Catatan Popular