Selamat Pengantin Baharu

Hari ini saya sempat menyempurnakan undangan seorang rakan penulis - Amiza Khusyri Yusof - penulis kelahiran Negeri Sembilan yang berpotensi untuk mewarnai dunia sastera tanah air. Alhamdulillah, beliau kini bergelar suami. Semoga beliau terus dikurniakan ketenangan untuk tekal berkarya.

Pastinya walimah ini merupakan hadiah hari ibu yang paling bersejarah untuk bonda Amiza kerana menerima 2 orang menantu sekaligus.

Ada orang kata, penulis lelaki kalau sudah berkahwin mungkin lebih mudah berkarya. Maklumlah, ada orang yang akan buatkan kopi, layan makan minum dan sebagainya. Benarkah?

Ulasan

Azree MH berkata…
Owh, begitu rupanya. Ada juga tip seperti ni.

Biasa kalau tengah menulis tu, tiba-tiba perut berkeriut, tekak kering. Lepas tu pergilah buat sendiri air kopi. Dalam proses nak buat tu sampai pergi balik depan komputer, terus hilang mood nak menulis.

Nampaknya memang kena kahwin camni. Takpun buli adik buatkan air kopi.
Tanpa Nama berkata…
Hehe.. Kadang-kadang tak menulispun tiba-tiba isteri offer air teh secawan. Kalau malas menulispun isteri boleh ingatkan, 'dah siap ke sajak/cerpen hari tu?'. Macam mana pula kalau penulis kahwin dengan penulis ya. =D

-FAhd RaZy-

Catatan Popular