HSKU 2006


Gambar : Ihsan dari blog Ibnu Ahmad Al-Kurauwi

Hari ini keputusan penuh Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 diumumkan. Sebahagian besar daripadanya telah diumumkan pada hari Ahad yang lalu dalam Mingguan Malaysia. Cuma bahagian keputusan tiada dalam versi online Mingguan Malaysia.

Baca keputusan tersebut dalam Utusan Malaysia 21 Jun 2007.

Tahniah kepada Sri Rahayu Mohd Yusop (Odisi Tanah Kencana) dan Zaid Akhtar (Justeru Impian Di Jaring) yang masing-masing memenangi tempat kedua dan tempat ketiga kategori novel.

Alhamdulillah, cerpen saya Pusaka Cendana turut meraih hadiah penghargaan kategori cerpen remaja.

Majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan di Hotel J.W. Marriott Kuala Lumpur pada 26 Jun 2007 jam 8.00 malam.

Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang telah menyertai HSKU 2006. Adakalanya, walaupun kita tidak menang, itu tidak bermakna kita bukan yang terbaik. Rezeki di tangan Tuhan...

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Puan Nisah,

Apakah ciri-ciri yang membezakan karya 'remaja' daripada karya 'dewasa'? Sungguh saya tidak jelas akan perkara ini....

Bagi kami penerbit, kita menggunakan istilah 'novel remaja' sebab ini isu marketing semata-mata.

Jadi produk-produk itu ditargetkan kepada pembeli remaja. Justeru pakejingnya - ciri-ciri fizikalnya - dicipta supaya buku itu appeal kepada citarasa pembeli remaja.

Panel HSKU itu mendefinisikan sastera remaja itu bagaimana, ya. Saya tidak setuju karya Puan dan Sdr Faisal (sebagai contoh) dilabelkan sebagai sastera remaja.
Unknown berkata…
salam puan,
terima kasih.
:-)
rezeki terjaring.
Latiptalib berkata…
Puan Nisah, tahniah. Rezeki anak yang baru lahir tu..
Tanpa Nama berkata…
Assalamu'alaikum Puan Nisah,

Tahniah, tahniah, tahniah.

~alang bidara~22 Jun 2007~
:-) berkata…
Salam,


Alhamdulillah :)
Alf Mabruk :)

Tahun ni, rasa macam excited sebab tahun pertama bertemu dengan blog-blog penulis dan dapat mengucapkan tahniah pada mereka secara peribadi :)
Terima kasih kerana menulis blog!


Wassalam...
rai berkata…
Salam Mak Cendana,

Bagus juga soalan Puan Sifu tu.Mungkin Kak Nisah boleh buat satu entri tentang remaja vs dewasa tu.

Tahniah sekali lagi. Nampaknya mengulang sejarah Jas yg menang hadiah semasa dalam pantang. Err, datang ke KL nanti?Boleh jumpa rombongan Cik Kiah...hehehe!Baby nama apa?

Majlis HSKU serentak dgn majlis penyampaian hadiah skrip FINAS. Adik saya yg kecik sekali tu menang kategori filem pendek.
Nisah Haji Haron berkata…
Puan Ainon,

Soalan itu tidak mampu untuk saya jawab, kena tanya panel sendiri. Kalau tidak pun, kita boleh baca laporan panel yang dibekalkan dalam antologi cerpen remaja setiap tahun. Jadi, adalah lebih baik dibeli bersama-sama Antologi Cerpen Remaja apabila membeli buku-buku HSKU yang lain.

Zaid,
Ya, rezeki terjaring. Jaring saya ada sedikit bocor sebab itu ikan terlepas, hehehe. Dapat ikan bilis shj :-)

Latip, Alang Bidara, Sofwah,
Terima kasih. Terima kasih.

Adik 'Cendana'
Rasanya pergi juga kot. Akan datang bersama rombongan 'cik kiah' yang tersendiri. hehehe

Sdr Helmy,
Terima kasih.

Catatan Popular