Sekitar HSKU 2006
Malam tadi, saya usahakan juga supaya dapat hadir ke Majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Apatah lagi, judul cerpen saya "Pusaka Cendana" telah terpilih untuk menghiasi kulit depan antologi cerpen remaja ini.
Peribadi, saya sangat puas hati dengan rekabentuk kulit antologi ini. Sangat sesuai dengan judulnya.
Kali terakhir karya saya diangkat sebagai judul ialah Annyss Sophilea yang menjadi judul antologi Hadiah Sastera Siswa- Bank Rakyat 1992 dan sebelum itu Atlantis, Duniaku Duniamu (HSSBR 1991).
Walaupun cuma memenangi hadiah penghargaan (kepada sasterawan/penulis nilai kemenangan bukannya terletak kepada nilai hadiah tersebut), saya tetap hadir bersama-sama suami dan si kecil (kerana saya masih lagi dalam pantang :-) ). Moga-moga ada juga tempias sasterawan yang terkena pada si kecil saya. Sasterawan pertama yang menegurnya ketika melangkah masuk ke Dewan Mayang Sari di Hotel JW Marriot itu ialah SN Arena Wati yang mengajak si kecil itu bergambar dengannya!
Selain itu, ramai juga kenalan penulis, pengkritik sastera, pengamal media, dan jemputan lain turut sama meraikan si kecil yang tidak mahu berenggang dengan ibunya buat masa ini!
Majlis malam tadi telah menghimpunkan sasterawan lama dan baru dalam suasana yang ceria. Tambah mengujakan apabila hadirin ingin menyaksikan pasangan Pengantin Baru Diraja dari dekat.
Kepada pihak yang sering tertanya-tanya, apakah beza antara karya remaja dan dewasa dari kaca mata panel hakim HSKU, sila dapatkan antologi Pusaka Cendana kerana ia turut memuatkan laporan panel hakim bagi keseluruhan HSKU (setiap tahun memang begitu sifatnya).
Insya-Allah, buku-buku yang turut dilancarkan malam tadi selain daripada Pusaka Cendana - Warna Perang (Antologi cerpen, puisi & esei sastera), Justeru Impian Di Jaring (novel Zaid Akhtar) dan Odisi Tanah Kencana (novel Sri Rahayu Mohd Yusop) akan berada di Ujana Ilmu sedikit masa lagi.

Ulasan
Kuci...kuci...kuci!Comelnya!Saya dulu lepas 50 hari bersalin pun antara kelompok pertama yg tengok anak (selain kaum kerabat) ialah kawan-kawan penulis eg Faisal dan Rosie. Juga panel hadiah sastera perdana tahun 2000/2001 ketika itu.
Eh, sebut pasal hadiah sastera perdana, apa sudah jadi?Kononnya lebih tinggi dari lain2 hadiah sastera di malaya ni...tapi tak konsisten pun. Utusan juga yg baguih!
tahniah puan!!
kak...kalau baby saya lelaki..namanya bakal Fahim...semuanya gara2 TTD...