Yang Dinanti (2)
Secara peribadi, saya tidak berapa gemar menjadikan blog ini 'blog bayi' dengan menulis banyak tentang ahli keluarga terkini. Namun, penulis itu biasanya akan menulis sesuatu yang dekat di hatinya. Oleh itu, buat masa ini, si kecil itu terasa amat dekat di hati.
Kebiasaan anak-anak yang baru lahir, dia akan diserang jaundice ataupun sakit kuning. Ia berpunca daripada organ hatinya yang belum berfungsi secara sempurna. Ditambah pula dengan meningkatnya kadar bilirubin dalam tubuhnya. Jika di dalam kandungan, organ hati bayi yang belum berfungsi itu akan dibantu oleh ibunya melalui tali pusat. (fakta ini berdasarkan pembacaan dan juga pemahaman penulis tentang jaundice, jika ada doktor, bakal doktor yang boleh menerangkannya dengan lebih ringkas, padat dan sesuai untuk orang yang di luar disiplin perubatan, amat dialu-alukan).
Sejarah 3 orang puteri saya sebelum ini, semuanya mengalami slight jaundice pada hari kedua kelahiran. Tapi, belum ada yang perlu dimasukkan ke wad. Kali ini, saya anggap ini suatu cabaran dan pengalaman baru. Memang leceh, perasaan pun bercampur baur. Sudah terbiasa dengan tangisannya tengah-tengah malam - biarpun amat meletihkan. Dia terpaksa kami tinggalkan di wad kerana katil untuk ibu tidak mencukupi. Pagi ini baru boleh saya datang semula dan bapanya hanya boleh masuk pada waktu melawat.
Hakikat kehidupan juga demikian. Hidup itu dimulakan dengan perpisahan. Ironik, bukan?
Betapa tidak? Kelahiran ialah suatu perpisahan. Bayi yang lahir bererti dia berpisah secara fizikal daripada ibunya. Dia kini punya dunia kehidupan tersendiri dan tidak lagi hidup penuh pergantungan. Setiap hari, bayi akan belajar untuk terus berdikari - ertinya terus berusaha memisahkan dirinya daripada apa-apa perkara yang menyebabkan dia harus bergantung.
Yang boleh kita tinggalkan untuk mereka adalah panduan hidup - Al-Quran dan Sunnah. Moga-moga mereka tidak terus terpisah daripada kedua-duanya dan terus-terusan bergantung kepada Allah dan Rasul-Nya.
** Terkini : Alhamdulilah... Si kecil hanya tidur semalam dalam wad.

Ulasan
Shafahallah, inshaAllah :)
Seperti yang disebutkan pada teman blogger, bila berita sebegini diblogkan, dapatlah kami sambut dengan do'a, inshaAllah...
Mudah-mudahan, cepat sembuh, permata hati itu... dan bondanya pula tabah dan kuat menghadapinya, inshaAllah...aameeen...
Wassalam
Harap bersabar.Setiap orang yang beriman itu akan diuji.Saya harap semuanya selamat.Saya juga hampir kehilangan seorang Ibu di kala saya di perantauan tetapi Allah is the Most Compassionate and Merciful.Saya faham erti kasihsayang Ibu-anak sekarang dalam erti kata sebenarnya.Nanti saya tulis cerita kawan2 di saat2 cemas saya 'menunggu'. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua.
Best wishes,
Kak Faridah
Hugs and kisses from Tokyo
Selain nak tahu nama puteri yang tercinta, ingin juga kongsi pengalaman serupa. Saya semasa melahirkan buat kali pertama, tidak menangis pun. Menatap wajah si comel buat kali pertama tidak menangis pun. Tetapi apabila diberitahu dia harus ditahan semalaman akibat jaundis, saya menangis macam nak banjir.
Terima kasih atas doa yang diberikan.
Sofwah, benar kata anda. Di blog kita lebih mengenali walaupun tidak pernah bertemu. Lantas, saya bersyukur punya pembaca yang tidak lokek berdoa untuk teman dan kenalan maya begini.
En. sesiapa,
Nama en. sesiapa ni siapa? :-)
Dr. Faridah,
Ya, andai kita rasa inilah ujian maha berat buat kita, tentu ada orang lain yang ujiannya lebih hebat.
A.Z.
Thank you so much, dear. Your words means the world to us. Your separation from Ujai when he was less than 10 days old from you, was something I don't think I'm capable of doing. You are a strong mother yourself. My hugs to your two boys!
Rai,
Pergi ke Daik pakai terompah,
Tepi kali menumpang lalu;
Air naik sungai melimpah,
Banjir di hati siapa yang tahu.