Ah... Saya Terjatuh Dari Pohon Mapel

Ada semacam tekanan perasaan beberapa hari ini. Apabila berasa tertekan, saya mudah hilang tumpuan untuk menulis.

Satu cara saya hilangkan stres. Tiba-tiba tersinggah ke laman ini.

Kononnya, inilah deskripsi mereka yang di bawah kategori pohon mapel :

MAPLE TREE (Independence of Mind) - no ordinary person, full of imagination and originality, shy and reserved, ambitious, proud, self-confident, hungers for new experiences, sometimes nervous, has many complexities, good memory, learns easily, complicated love life, wants to impress.

Singgahan ini, sedikit sebanyak, memberi ilham bagaimana untuk membina perwatakan. Andai anda ke pautan itu, deskripsi kepada personaliti itu boleh digunakan untuk mewarnai watak dan perwatakan dalam karya anda. Ada hikmah juga di sebalik stres ini. :-)

Hmm... anda terjatuh dari pohon apa pula?

Adakalanya, penulis juga perlu mencari pelbagai cara untuk menghilangkan stres. Cara anda, bagaimana? Mahu kongsi? Silakan.

Ulasan

awan sirus berkata…
Assalamualaiku Kak Nisah.

Saya minta izin link pautan ke blog akak dalam blog saya. Kalau ada masa, jemputlah singgah.

Oh ya, saya ni bawah kategori pokok limau. Tapi saya lebih tertarik pada pokok fir. Atau mungkin saya patut pilih pokok birch? :)
Tanpa Nama berkata…
Assalamuaikum Nisah,
Cara saya yang utama
i) selawat dan istigfar
ii) surah Yusof
iii)surah Yassin
iv) seperti yang saya tulis dalam entri di http://mardhee.multiply.com berjudul Pemimpi Skitzo.
mohamad kholid berkata…
bawa sebotol air dan rentas hutan... biar peluh mengalir dan mata jadi relax setelah melihat kehijauan alam
Tanpa Nama berkata…
samo lak pokok kito kosan eh...
Rebecca Ilham berkata…
Kak, saya pokok cedar! Sama pula ciri-cirinya tuu...

Lepaskan stress, erm..saya ni jenis yang suka dengar lagu kuat-kuat dan ikut melalak sama. Hehe.
Tanpa Nama berkata…
benarlah... saya= chestnut tree... rontok yakin diri... benarlah...
Imran Yusuf berkata…
Assalamu'alaikum Puan Nisah,

Apabila saya amati keterangan mengenai pokok Maple itu, saya dapati ia seperti menerangan darihal diri saya... hmmm.

Apabila stres, saya selalu merayau di alam berita siber. Saya baca berita di luar negara, dan selalunya setelah membaca tentang kesengsaraan insan di seluruh dunia, saya dapati apa yang saya lalui adalah jauh lebih ringan daripada apa yang mereka alami. Maka terhiburlah sedikit hati saya, dan sedikit demi sedikit akan kuranglah stres saya...
Tanpa Nama berkata…
Kalau musim buah, lebih selesa berehat di atas pokok manggis. Banyak aktiviti boleh dibuat. Cubalah!
Tanpa Nama berkata…
Saya suka pohon jambu. Dengan rimbun yang rendang, lentur-lentur pula dahannya. Tempat bergayutan masa budak-budak. :)

Catatan Popular