Musim Panas yang Dingin
I
Hari Rabu (8.8.07) lepas saya diberi amanah menyampaikan ceramah / kuliah "Hak Cipta dan Etika Penulisan" kepada sekumpulan pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari luar negara. Mereka ini lebih dikenali sebagai ahli Adabuna (pelajar Timur Tengah) dan juga GKLN (Grup Karyawan Luar Negara).
Menarik juga bertemu mereka. Ada antara mereka yang pernah 'berbual' dengan saya secara maya - sama ada di blog ini ataupun melalui YM. Alhamdulillah, mereka dilihat berkobar-kobar dan diharapkan juga dapat meneruskan kesinambungan pencarian bagi melahirkan penulis/penyair pelapis tanah air.
Doa saya - moga mereka dapat memanfaatkan latar luar negara (kerana mereka bergelumang di sana dalam tempoh yang tertentu) ketika menghasilkan satu pemikiran baharu dalam karya mereka. Saya dan beberapa orang teman penulis yang memantau perkembangan penulis-penulis muda - seringkali lelah membaca karya klise yang tidak habis menghasilkan karya 'cinta-cintaan' yang sarat emosi dengan garapan plot yang amat longgar.

Faisal Tehrani memberi ceramah tentang penghasilan novel
Hendaknya, selepas menghadiri bengkel serupa itu - apatah lagi setelah 'disembur' pembimbing - dapatlah mereka semua memperkukuh kedudukan dan memperbaiki karya masing-masing supaya segera mendapat tempat di media perdana.
Pun begitu, hendaklah juga segera menghantar karya. Andai menulis, tetapi selepas itu tidak dikirimkan, tidak berbaloi juga pergi walau berpuluh-puluh bengkel.
Pendek kata, setelah berbengkel. Terus menulis dan jangan lupa dapatkan keberanian untuk menghantar karya tersebut untuk diterbitkan.
Beberapa gambar Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ada dipaparkan di Laman Web GKLN.

II
Hari Sabtu (8.8.2007), kedudukan saya pula berubah. Daripada seorang penceramah, kini saya pula menjadi peserta Wacana HSKU yang berlangsung seperti mana yang pernah saya uar-uarkan sebelum ini. Majlis berlangsung mengikut perancangan.
Dalam sesi 1 dan 2, Kak Anis (Dr. Amida Abd Hamid) yang telah sekian lama menjadi panel HSKU berkongsi ilmu tentang logik. Kupasannya sangat menarik sehingga sebahagian daripada peserta masih mengaplikasikan konsep falsafah dan logik di meja makan. Siapa kata kuliah falsafah membosankan? Kalau boleh, saya mahu sahaja mendaftar untuk kuliah falsafah kelolaan Kak Anis. Malah, sewaktu di fakulti undang-undang dahulu pun, saya amat menggemari kuliah Falsafah Undang-undang (Jurisprudens).
Cik Masliza menerangkan apa itu 'kebahagian' dalam kuliah falsafah bersama Kak Anis (Dr. Amida Abd. Hamid) Puan Siti Suhana (duduk) begitu tekun mendengar
Menurut beliau, sebuah karya yang baik tidak kiralah karya seni tampak ataupun seni sastera, mestilah memberi pencerahan kepada khalayaknya. Barulah karya tersebut mempunyai tingkat ataupun makam (ini istilah saya sendiri) yang tertentu. Ertinya, karya tersebut mempunyai muatan yang memberi ilmu (epistimologi) kepada penikmat seni / penikmat karya.
Kupasan beliau tentang ragam hias Al-Quran pula begitu menyeronokkan - tidak adil rasanya saya tulis di sini. Hanya mereka yang hadir sahaja dapat memahami dan menikmati ilmu tersebut.
Sesi terakhir disudahi Editor Kanan, UP&D, Puan Nor Azah Abd. Aziz yang memperkatakan tentang pencarian karya unggul, khususnya dalam HSKU.
Walaupun dalam suasana yang berbeza, situasi pertama saya menjadi penceramah dan dalam wacana ini saya sangat teruja menjadi peserta, kedua-duanya berlangsung dalam dewan yang sangat dingin.
Si kecil saya juga tidak terlalu banyak karenah mengikuti kedua-dua acara ini bersama-sama dengan saya ;-)
Ibnu Ahmad Al-Kurawi (kiri) dan Fahd Razy nampaknya sangat berpuas hati. Bukan sahaja dengan Wacana HSKU tetapi juga dengan jamuan ringan yang disediakan sebelum kami berpisah dan pulang ke destinasi masing-masing
Masih ramai yang membeli belah dari gerai UP&D sebelum pulang
** Buku ini sudah ada di Ujana Ilmu tetapi masih belum dimasukkan ke dalam sistem. Webmaster, harap ambil perhatian :-)
Ulasan
Wah, seronoknya berwacana.
Rugi rugi. Nampaknya inilah kali pertama saya ter"miss" program UPND sejak mengikuti Klinik Novel Remaja Utusan (bersama OP & Hizairi) pada 2000.
Eh, Fahd Razy tu nak kembara ke mana? Tak lekang menggalas beg.
:-)
Walaupun ter'miss' wacana kali ini, Zaid perlu berada di tempat yang tidak kurang pentingnya pada waktu itu. Tahniah atas kemenangan di Hadiah Sastera Darul Takzim kali ini. Tak sabar nak baca laporannya di blog Zaid!