Perkara yang tidak saya gemari ketika wawancara
Wawancara.
Temuramah.
Setelah beberapa kali melalui sesi begini, saya semakin terkesan beberapa soalan klise apabila wartawan ataupun pelajar yang tidak buat kerja rumah sebelum datang bertemu dengan saya.
Soalan #1 yang paling saya tidak suka : Bagaimana mendapat idea untuk menulis?
Soalan # 2 - Mengapa puan menulis?
Saya tak tahu apakah jawpaan yang diharapkan daripada saya apabila mereka bertanya soalan ini. Soalan seperti ini juga selalu ditanyakan kepada saya sewaktu belajar undang-undang. Apabila ditanyakan selepas grad nanti nak jadi apa? Saya gemar menjawab nak jadi dentist!
Seronok juga sekali sekala memberikan jawapan sarkastik -
Soalan # 3 - Apa yang puan tulis?
Apabila soalan ini datang daripada wartawan, mungkin saya boleh maafkan walaupun ini soalan yang tidak bagus kerana nampak sangat tidak buat kerja rumah sebelum datang berjumpa saya. Wartawan biasanya ada banyak benda lain yang dia hendak baca selain daripada membaca buku kreatif. Jika soalan ini ditanya oleh pelajar yang sedang mengkaji tentang karya-karya saya - saya memang boleh batalkan terus wawancara ini.
Karya saya bukannya beratus-ratus banyaknya. Cerpen saya tak sampai 50 buah. Kumpulan cerpen ada 2. Novel yang sudah terbit dalam bentuk buku ada satu. Boleh didapati di perpustakaan kalau sayang sangat dengan duit untuk 'beli baju raya'. (Saya boleh maafkan kalau tak sempat baca / jumpa novel bersiri saya di majalah-majalah tertentu seperti Tunas Cipta, Aniqah ataupun WANITA. Itupun sebagai pengkaji anda sepatutnya sedar/tahu akan kewujudannya.)
Beginilah, baca dulu karya saya sebelum datang menemuramah. Takkan nak harapkan saya ceritakan semuanya. Sedangkan pelajar ini datang bukannya untuk menulis biografi saya.
Jelasnya, sudah beberapa set pelajar yang datang berjumpa saya setakat pernah membaca 'Annyss Sophillea' sahaja. Pelik, jika tak gemar baca karya saya, mengapa cari saya untuk ditemuramah. Jawapannya, pasti kerana sudah 'ditugaskan'. Selesai tugasan, entah di mana maklumat yang susah payah saya jawab itu diletakkan.
Adakalanya, ada juga saya pesan, e-melkan kepada saya tugasan anda itu. Boleh juga saya jadikan koleksi peribadi.
Setakat ini, hanya ada seorang pelajar yang memberi saya salinan tugasannya (dalam bentuk tesis mini) - siap dengan binding hard cover lagi. Selebihnya, ucapan terima kasih hanya di bibir sewaktu berpisah. Selepas itu, langsung tak dengar khabar. Barangkali sudah grad, agaknya.
p/s : Terima kasih kepada pelajar yang masih mengucap salam, berhubung, meninggalkan pesan melalui SMS, e-mel dsb.

- Saya menulis kerana hendak melatih jari-jemari saya supaya pantas menaip.
- Saya menulis kerana saya tak pandai melukis.

Ulasan
Nampaknya awak kelihatan marah meskipun saya tidak lihat wajah awak. Nada itu sudah cukup mengatakan begitu.
Soalan-soalan cliche macam gitu memanglah soalan yang jadi kemestian untuk ditanya apabila menemuramah seseorang. Mungkin semalam orang itu jawab lain, hari ini pula lain dan byk kemungkinannya.
Kalau semua orang dalam dunia ini sama macam yang kita harapkan, sudah tentu hidup ini tidak seronok. Jika tidak ada orang macam yang datang temuramah awak macam gitu, sudah tentu palitan nota ringkas berbau amarah ini tidak lahir dalam blog ini.
Jadi semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itulah asam garam kehidupan yang kita harus pasrah.
Selamat berjuang memartabatkan penulisan. Dapatkan naskah terbaru saya ADLI DI ALAM FANTASI : MENEROBOS TEROWONG MASA - PTS ONE
Hanita Hassan
Melaka
Moga terus bersabar. :-)
Saya juga pernah ada beberapa pelajar yg menjanjikan salinan tugasannya. Tapi kini barangkali mereka sudah di UK! :-)
Mengapakah puan membuat blog ini?Bagaimana puan mendapat idea membuat blog?
Hehehe...penampau sekali karang!
Adapun bonda beta juga sering meluahkan rasa yang sama juga setiap kali diwawancara oleh sekian ramai hamba Allah yang hanya buat kerja ni sebab nak kejar kredit dalam kelas. Wawancirit,katanya.
Baru-baru ni semasa beliau diundang bersajak sempena program wakaf al-quran depan Pak Lah,MCnya yang konon nak buat homework telah bertanya kepada Mama:
1) sajak yg puan baca tadi siapa yg buat?jawab Mama-sayalah...!
2) Oh,dah berapa lama puan menulis? jawab Mama (dengan penuh racun tikus bersalut gula)-adalah dalam 50 tahuuuunnn!
Nak tau apa jadi?Si MC pi habaq kat audien- buat pengetahuan hadirin sekelian, puan zurinah telah mula menulis sajak sejak 50 tahun yang lalu...
Mama cakap, kalau aku habaq aku dah menulis sejak zaman jepun pun budak tu percaya!
Kalau kena wawancara sekali-sekala mungkin tak terasa sangat. Tapi kalau dah sampai 10 kali dan nampak sangat mereka tak baca pun karya kita (apatah lagi, mereka sebenarnya tak kenal pun kita ni siapa), berbuih juga mulut menjawab benda-benda klise ni.
Adakalanya, kalau tukang soal tu kreatif, dia tak perlu tunjukkan yang dia tu sebenarnya tak tahu. Kenalah pandai buat soalan. :-)
Zaid,
Ni memang dah lama bersabar ni...
Rai,
Patutnya Auntie Zurinah jawab yang 'sememangnya saya dah nulih sejak zaman sebelum jepun maghin!' Hahaha... Bila audiens dengar pasti pecah perut gelak kat MC tu!
Memang patut anda berasa marah kerana secara ketaranya mereka itu tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Saya juga akan merasa marah kalau ditanya soalan-soalan begitu, jawapan sarkastik juga akan diberi.