Haji Ismail Adnan Pulang ke Rahmatulllah

Tuan Haji Ismail Adnan pulang ke rahmatullah pada Jumaat, 23 November 2007.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham.
Amin

Allahyarham Tuan Haji Ismail Adnan (depan tengah) bersama-sama keluarga yang ketika itu masih muda. Gambar dipetik dari laman blog beliau

Barangkali ramai pembaca blog ini tidak mengenali Tuan Haji Ismail Adnan. Saya juga bukanlah sering berhubung dengan Allahyarham yang bernikah dengan orang Seremban ini. Saya mengenali Allahyarham ketika menyertai PEN. Tetapi setiap kali ke Johor apabila menerima undangan dari Yayasan Warisan Johor, pastinya kami bertemu kerana Allahyarham pernah bertugas di salah satu bahagian YWJ iaitu Bahagian Latihan dan Latihan (IKLAS) sebagai penolong pengarah.

Allahyarham juga pernah aktif dalam PEN dan hendak dijadikan cerita, anakanda beliau - Khadijatul Ismalasari merupakan junior saya sewaktu di SMKA SHAMS, Seremban. Kali terakhir bertemu Khadijatul ketika IKLAS/YWJ bekerjasama dengan PEN untuk Majlis Memperingati Dato' Onn sekitar April 2006 di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Saya fikir, itu juga kali terakhir saya bertemu dengan Allahyarham. Selepas daripada itu, saya sudah tidak kerap ke Johor lagi.

Justeru, menerima SMS lewat malam tadi daripada anakanda beliau agak mengejutkan apatah lagi Allahyarham masih lagi mengemaskini blognya sehari sebelum meninggal dunia.

Al-Fatihah

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya dengan rasa rendah hatinya menjemput Puan ke link yang saya sertakan bersama ini.
Terima kasih atas doa alfatihah serta sebuah entry mengenai ISBIHA yang sangat-sangat saya sayangi.

Terima kasih.

Catatan Popular