Ahmad Zafran - Mantan Peserta MPR '93 Pulang ke Rahmatullah
Saya kenal Almarhum lama dulu - sewaktu sama-sama menjadi peserta MPR 1993. Kami juga sama-sama menang Hadiah Sastera Siswa - Bank Rakyat 1992. Ketika itu, saya menerima hadiah untuk "Annyss Sophilea" dan Almarhum pula memenangi hadiah untuk cerpen "Cintaku Hanya Untuk-Nya"
Selepas itu, saya terputus hubungan dengannya dan hanya bertemu kembali setelah almarhum menghasilkan novel "Tegar" bersama-sama PTS.
Kami bertemu semula sewaktu "Sembang-sembang Penulis Melayu" di MPH Mid-Valley tahun 2006. Dia menegur saya dan menghadiahkan saya senaskhah novel "Tegar"nya itu.
Lalu, apabila almarhum kembali aktif menulis dengan PTS, khasnya, kami bertemu kembali di perhimpunan Alumni MPR pada Ogos tahun lalu.
SMS daripada Ridzuan (mantan MPR dan pensyarah ASWARA) petang tadi amat mengejutkan. Kemudian bertalu-talu datang dari teman-teman seangkatan.
Ya, dari Allah kita datang dan kepadan-Nya kita kembali.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Gambar : Belakang sekali (berdiri dari kiri) Azizul Ikhwan (Ode), Hafiz Noramli, Hafezin, Ahmad Zafran (Panaharjuna), Faisal Tehrani, Saharil Hasrin Sanin.
Tengah dari kiri : Firdhaus Hassan, Zulfazlan Jumrah MF Kencana, Amir Mukhriz (terlindung) Azree
Depan dari kiri : Ghafirah Idris, Raihani Mohd Saaid, Nisah Hj Haron, Hani Salwah, AinunL Muaiyannah, Atriza Omar
- Boleh juga baca mengenai berita almarhum di blog Zaid Akhtar, Puan Ainon Mohd (PTS) dan Jonos
Ulasan
Saya amat meminati almarhum.
Memang beliau pernah lama 'hilang' dlm dunia penulisan sebelum muncul semula dgn PTS.
Cerpen Cintaku Hanya Untuk-Nya dan Nur Sadiq adalah antara karya almarhum yang sangat membekas dan kekal dalam ingatan saya.
Ahmad Zafran bolehlah dikatakan antara pemula dalam cerpen-cerpen remaja bernuansa Islami pada awal 90-an.
Macam tak percaya!
Perginya seorang lagi penulis berbakat.
Allahyarham memang mengidap penyakit jantung dan sedang menanti giliran bagi mendapatkan jantung gantian dari IJN.
Sering berulang-alik dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur dalam usahanya mendapatkan rawatan.
Adik iparnya mengesahkan pemergian setelah saya menghubungi telefon bimbit Allahyarham.
Allahyarham pulang kerahmatullah dalam tidurnya malam tadi. Setelah didapati tidak bangun dari tidur, salah seorang ahli keluarga cuba mengejutkan, tubuhnya sejuk dan hanya jasad yang terbaring sendirian.
Begitulah sumber yang diperolehi dari adik iparnya.
AL-FATIHAH.
Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan kanan.
cerpennya "Cintaku Hanya Untuk-Nya" sangat saya ingati..nama beliau kejap dalam ingatan saya.. gembira rasanya bila mengetahui beliau aktif menulis semula selepas lama mendiamkan diri..kini, dia telah meninggalkan kita buat selamanya.. semoga rohnya dicucuri rahmat..