Forum Hak Cipta
Persatuan Penulis Selangor akan mengadakan Forum Hak Cipta pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 5 April 2007 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Gapena, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Panel :
** Buku "Karya Kita Hak Kita" akan dijual pada majlis ini.
Tarikh : 5 April 2007 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Gapena, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Panel :
- Prof. Kamal Halili Hassan (Dekan Fakulti Undang-undang, UKM)
- Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)
- Dato' Dr. Anwar Ridhwan (mantan Pengarah Penerbitan DBP)
** Buku "Karya Kita Hak Kita" akan dijual pada majlis ini.
Ulasan
Frm:
Kerang, 10th batch.
Saya tak rasa Malaysia ini prihatin sangat dengan isu hakcipta. Melainkan bila sudah kena diri sendiri. Tapi kalau orang lain yang kena, kita suka buat 'tak tahu'.
Contohnya kes antologi puisi Natasha "Syair Indah si Pari-Pari" itu. Langsung tidak diambil tindakan atau wujud sebarang usaha melindungi hak penulis yang diciplak. Memanglah penulis itu antarabangsa, tapi hakcipta tetap hakcipta. Satu Malaysia sudah kepoh, tapi mana perginya pihak-pihak yang berautoriti?
Atau isu hakcipta di Malaysia hanya satu budaya retorik? Sudah terbukti dengan sangat jelas tiga buat puisi yang disadur SECARA LANGSUNG (tanp diberi kredit saduran, malah diperakukan sebagai 'karya sendiri' semasa remaja). Kemudian, ada dua lagi yang menyadur sebahagian besar karya orang (bukan cuplikan 100%).
Saya bimbang dengan situasi hakcipta di Malaysia. Ini adalah bukti bahawa kita sebenarnya tak serius. MPH sebuah gedung buku terkemuka masih terus menjual buku tersebut. Saya pasti pihak MPH dah tau. Tapi bukan saja tidak disiasat, bahkan jualan juga diteruskan. Pihak penerbit (NED) pun tak ambil apa-apa tindakan susulan.
Ia seolah-olah memberi mesej: ya, mari kita semua menciplak beramai-ramai kerana ia adalah perkara remeh di Malaysia.
Terima kasih.
Rem,
Hujah anda betul. Boleh dikatakan hampir tiada kesedaran hak cipta di kalangan penulis di Malaysia. Sebab itu perkara ciplak menciplak berlaku seperti perompak Natasya Hudson tu. Ya, perkataan yang terbaik ialah 'perompak' bukannya pencuri lagi.
Apabila penerbit tak bayar royalti, bila buku disimpan di stor bertahun-tahun lepas tu penerbit buat jualan lambak, barulah 'terkial-kial' hendak bertanya tentang hak sendiri.
Hal ini pernah saya suarakan kepada pihak GAPENA. Suruh mereka keluarkan duit mereka yang berjuta itu supaya adakan seminar hak cipta secara berterusan. Kesedaran hak cipta mesti diwujudkan di kalangan penulis. Tapi cadangan saya ini seperti mencurah air di daun keladi sahaja.
Hinggakan kepala nombor satunya buat statement dalam akhbar bahawa hak cipta ini tidak relevan di Malaysia kerana tiada kes hak cipta pun di Malaysia ni. Boleh?
Saya cukup angin dengan kenyataan itu tetapi tiada kesempatan untuk menulis semula di akhbar.
Begitu juga dengan kes Natasya, saya sangat 'bercinta' untuk menulis tentang kebobrokan ini di akhbar. Pun, tidak berkesempatan. Kalau ada masa, Rem juga patut juga tulis hal ini di dalam akhbar. Kalau tak keluar di ruangan sastera sekalipun, hantar ke ruangan surat pembaca. Mungkin boleh tersiar.
Kalau dibiarkan, perkara ini akan menjadi berleluasa. Somebody has to do something!
Kebetulan Forum Hak Cipta pada tarikh dan waktu yang sama dengan program FLP(Malaysia) di IPS...malah akak terlibat secara langsung pula dalam program ini...
Pertembungan yang memerlukan 'kos lepas'. Pun saya mengharapkan akak sukses selalu.