Beberapa Bengkel / Ceramah

Seminggu dua yang lalu agak padat memenuhi undangan untuk memberikan ceramah penulisan kreatif dan juga hak cipta.

Mungkin tak dapat dicatatkan semuanya. Sekadar beberapa gambar yang sempat dikongsi di sini :

Ceramah Penulisan Kreatif untuk Staf Bank Negara Malaysia (BNM) dan penyumbang Buletin Kijang (terbitan BNM) :


Paling menarik ialah kafeteria Dinar Matahari yang cukup memanggil pengunjung untuk datang menikmati hidangan di situ. Saya fikir ini ialah satu cara untuk memastikan staf BNM dapat bekerja secara lebih efisien - kafe menarik, tak segan kalau mahu bawa tamu datang makan di sini, ada potongan harga istimewa untuk staf BNM (tak perlu bayar tunai, boleh bayar secara potongan gaji).



Sayang sekali, saya ralit berbual dengan seorang teman yang bertugas di BNM ini sehingga terlupa untuk mengambil gambar ruang kafeteria yang dimaksudkan.


Ceramah Penulisan Kreatif untuk Pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA), Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ini antara kelompok yang agak tinggi kedudukannya berbanding diri saya sendiri sebagai pengarang. Pun, permintaan yang datang itu tidak saya hampakan. Apatah lagi, mereka mengakui bahawa penulisan yang mereka gulati ialah penulisan akademik. Malah, ada sesetengahnya telah siang-siang memaklumkan bahawa mereka tak mungkin menulis kreatif (dan harus belajar dari mula) kerana tidak mempunyai kekuatan laras bahasa kreatif.

Saya harus membetulkan persepsi tersebut. Tidak semestinya anda tidak boleh menulis hanya kerana anda berpendapat bahawa tidak mempunyai kekuatan gaya bahasa kreatif.

Ada juga yang berhujah bahawa bakat itu amat penting. Tanpa bakat penulisan, tak mungkin seseorang itu boleh menulis. Kata saya, ya, bakat itu memang tidak kurang penting. Tetapi bakat itu hanya 1% berbanding 99% lagi ialah usaha.


Ceramah Hak Cipta - Kursus Pemindahan Tesis ke Buku (anjuran Medium Books & Consultancy)



Bengkel ini turut dihadiri ahli-ahli akademik yang berminat untuk memindahkan tesis kepada buku. Ada yang datang sejauh dari Brunei Darussalam bagi mengikuti kursus ini. Ramai juga yang tidak pernah mendapat pendedahan mengenai hak cipta sebelum ini.

Ulasan

Catatan Popular