Esdyzuar - Anak Guam yang Menjengkelkan?



Saya terbaca ulasan ini dari laman Waris Jagat tentang novel saya Puisi Untuk Esdyzuar.

"Berbeza dengan karya fantasi lain yang pernah diterbitkan, Puisi untuk Esdyzuar tidak dipenuhi dengan adegan penuh aksi atau magik walaupun masih terdapat serba sedikit elemen fantasi dalam bentuk penggunaan teknologi kristal dan teleportasi serta Cenma Detara sendiri. Puisi untuk Esdyzuar boleh dikategorikan sebagai Thriller Fantasi kerana ia bergerak seperti sebuah drama penyiasatan tetapi berlatarbelakang sebuah dunia fantasi."


Saya ketawa besar apabila beliau menyatakan ayat ini terhadap watak Esdyzuar :

"Tetapi mengapakah Esdyzuar begitu menjengkelkan?"

Jawapan saya? Esdyzuar ialah gabungan perwatakan beberapa anak guam saya sendiri yang memang menjengkelkan. Bukan mudah untuk memasang raut wajah profesional kalau dalam hati kita memang rasa hendak cekik-cekik saya mamat/minah itu. (Bayangkan seperti Ally McBeal yang selalu berangan macam-macam perkara luar biasa kepada anak guamnya sendiri). Peguam juga manusia biasa. Apabila harus meladeni karenah anak guam yang macam-macam itu...

Untuk membaca ulasan selanjutnya, sila ke laman Waris Jagat.



Puisi Untuk Esdyzuar boleh dibeli secara online dari laman www.ujanailmu.com.my atau dapatkan Pakej Esdyzuar - gabungan 2 karya (Puisi Untuk Esdyzuar & Antologi 12! MPR) dengan harga yang istimewa.

Ulasan

Assalamualaikum,
Kak Nisah, tak tahulah sampai atau tidak kad jemputan kami untuk kak Nisah. Kalau tak sampai nak maklum,

Nak jemput kak Nisah ke DBP 7 Jun ini T2, Balai Seminar. Ada majlis pelancaran 14 novel dan diskusi buku oleh Pak Samad. Makan pagi + tengah hari disediakan. Duit minyak kereta sahaja sendiri. Heheh, Jemput kawan-kawan sekali ya.

al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Tanpa Nama berkata…
Jika Nisah ada anak guam, saya rasa kami ada anak tuntut. ha ha ha.

But offcourse kita mesti mempertahankan client kita. Antara Pelanggan dan peraturan, pelanggan always rite. Pusing memusing tahap 360 darjah pun saya pernah buat. Boleh kata konflik jugalah, tapi selalunya saya memilih untuk tidak mau cipta konflik. Bos saya selalu cakap, apa istigfar banyak-banyak moga Allah terima taubat kita, sebab bila berhadapan dengan situasi begini, berhablun minanas lebih penting dari berhablun minallah. Dan berhablum minanas dengan insan yang lebih dekat itu saya utamakan. Yup saya tahu pembayar cukai mau yang idealistik, tapi saya pilih insan yang dekat dengan saya, iaitu pelanggan saya.

Itulah satu hal yang sangat sangat gelihati, penuntut, pelanggan yang selalu bikin kita pening kepala itulah yang wah...berdegar-degar bercakap pasal perubahan dan sebagainya.

Dia mau orang lain bersih, dia mau yang idealistik tapi bila tiba masa kita minta dia bersihkan tuntutan dia, minta dia berubah, macam-macam kerenah dia. Orang kata cakap tak serupa bikin?

Catatan Popular