Mengabadikan Memori Indah HSKU

Seperti berpakat - Raihani, saya & Salina Ibrahim dengan tema "The Color Purple"


Dalam beberapa catatan terdahulu tentang HSKU saya menyatakan keluhan terhadap pandangan orang korporat ataupun berwajib terhadap masyarakat sasterawan tanah air. Saya fikir, cukuplah itu dulu untuk dibuat peringatan.

Tidak ada masalah yang akan selesai, hanya dengan sikap menyalahkan orang lain. Saya sentiasa percaya bahawa andai kita mahu terus berjaya, diri kita sendiri yang harus berubah terlebih dahulu.

Dalam hal-hal penulisan, marilah pertingkatkan kualiti penulisan dan bertanggungjawablah bahawa jaya-jatuhnya karier penulisan ini merupakan natijah kepada tindakan kita yang terdahulu. Kalau kita berjaya, ya, itu memang usaha kita diiringi oleh izin-Nya. Jika hal yang sebaliknya, masih tidak perlu menuding jari kepada orang lain kerana kitalah yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada diri kita sendiri.



***



Terima kasih kepada sahabat penulis Amaruszati Noor Rahim yang mengirim sebuah kek lobak merah (carrot cake) sempena meraikan "Tawarikh Cinta" dari jauh, melalui Puan Zaiton Abd. Ghani (pengusaha kek dari rumah). Enak sekali keknya sesiapa yang berada di sekitar Ampangan bolehlah memesan kek daripada beliau.






***


Gambar di bawah ini pula saat paling manis. Gabungan tiga orang penulis wanita yang buat pertama kali meraih ketiga-tiga kedudukan untuk kategori Novel Remaja HSKU 2007. Suatu rekod baharu.


Saya, Sri Rahayu & Ummu Hani (duduk)
Gambar ihsan dari www.ummuhani.com


Gambar-gambar dan catatan HSKU boleh juga dilihat di blog :
.
.
.

Ulasan

nisah dan nteman-teman, tahniah. nisah, nak dihantarkan kek buatan sendiri, tidak ada kesempatan seperti dulu lagi.
zaitgha berkata…
tahniah dan terima kasih....telah kemari sebelum ni ( lepas hantar kek) sebab rasa2 macam wajah yang pernah di lihat....
Nisah Haji Haron berkata…
Zati,
Resipi kek yang kau kirim itu lebih bermakna buat aku dan anak-anak. Kesempatan memang datang tidak menentu. Biarlah sesibuk mana sekalipun, yang penting, kita sentiasa menjalinkan ukhwah ini dengan cara kita yang tersendiri :-)

Puan Zaiton,
Terima kasih sekali lagi. Cukup senanglah kalau selepas ini saya mahu pesan kek, kerana kedudukan rumah kita yang berdekatan.

Catatan Popular