Nisah di Perpustakaan Negara Malaysia

Esok saya akan berada di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk satu sesi ramah mesra dengan penulis.

Turut difahamkan, Cik Salina Ibrahim akan turut sama menjayakan sesi tersebut. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Serbaguna, Aras 1, PNM

Insya-Allah, saya akan bawa sedikit sebanyak buku untuk jualan selepas sesi tersebut.

Pencinta buku, sastera dan sesiapa yang berkelapangan dipersilakan hadir.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nampaknya saya ketinggalan kereta api - kalau tidak tentu berpeluang bertemu Kak Nisah.
Tanpa Nama berkata…
salam. Saya sudah siarkan di blog saya kisahnya.

Catatan Popular