SN S. Othman Kelantan Pulang Ke rahmatullah


Allahyarham S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara ke-9 pulang ke rahmatullah malam tadi. Ketika entri ini ditulis, saya baru sahaja menerima SMS daripada pihak yang terlebih dahulu mendapat maklumat tersebut.

Semalam, saya dan beberapa kenalan dari Bahagian Majalah DBP (entah kenapa, kami beriya-iya sangat merancang untuk pergi menziarahi arwah sehari sebelum itu) telah ke Hospital Serdang. Meskipun sampai di hospital bukan pada waktu melawat, Hospital Serdang tetap membenarkan pengunjung berjumpa dengan pesakit (hanya 2 orang sekali masuk) dengan meninggalkan dokumen pengenalan diri.

Lalu, sekitar jam 11.30 saya mendapat giliran untuk naik ke wad. Arwah nampak uzur, tetapi masih lagi dapat mengesani sesiapa sahaja yang datang singgah. Isteri arwah, Dian, setia bersama-sama suaminya membantu segala keperluan. Difahamkan arwah mengalami sakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah.

Namun, saya tidak menyangka bahawa itu merupakan pertemuan terakhir saya dengan arwah. Terima kasih kepada suami saya yang sudi menghantar kami semua sehingga ke Serdang, walaupun dia sebenarnya ada urusan lain di Kuala Lumpur.

Al-Fatihah

Imej gambar : Flickr - Ibnu Ariff

.
.

Ulasan

dahirisaini berkata…
trkejut menerima sms pagi ini dari jong chian lai, lalu mencari blog ini kerana saya rasa rakan penulis di semenanjung tentu lebih tahu, semoga rohnya ditempatkan org2 yg terpilih. salam.
Leyla Shuri berkata…
Al-fatihah.

saya berjumpa dia di DBP KL bulan lepas, masa itu dia sudah kelihatan uzur.
Tanpa Nama berkata…
Salam,
Saya di Jabatan Pengajian Media, UM sepanjang arwah menjadi Karyawan Tamu tapi tak pernah mengambil tahu tentang beliau kerana merasa tidak ada kepentingan. Saya mengambil kursus filem dengan Dr Anuar norarai. Ketika tahun dua, Kami kehilangan ketua jabatan, arwah PM Abdullah Tahir juga seorang penulis.

Kini arwah kembali ke negeri abadi dan kita patut merasa kehilanganya.

Mahdi Abas
Tanpa Nama berkata…
Saya mengucapkan takziah atas pemergian arwah. Saya kawan lama kepada isteri arwah, iaitu Ranofla Dianti. Saya ingin menghubungi beliau dan diharap sesiapa yg tahu alamat ataupun no telefon beliau harap hantar ke email saya ;
anna_72chocky@yahoo.com
Tanpa Nama berkata…
Perginya seorang sasterawan dan sarjana. Beliau benar-benar "jogho" mempertahankan kedaulatan bahasa melayu. A real son of Kota Bharu.

Catatan Popular