Ini Bukan Restoran Saya!
Gambar yang dikirimkan melalui e-mel oleh Raihani Mohd Saaid - dengan pesanan, sejak bila Kak Nisah buka restoran?
Rai, percayalah. Akak belum lagi terfikir nak buka restoran. Kalau nak buka kedai buku tu mungkin, kot? Lagipun, kedai ni macam ala-ala mamak je!
Ulasan
Kalau Kak Nisah buka restoran,alamatnya bungkuslah...coz kami geng-geng MPR ni asyik nak makan free je!
Teringat pula akan pengalaman saya semasa berada di Manila. Saya dan rakan-rakan mencari pengurup wang. Ada satu kedai pengurup tu, saya rugi beberapa dollar. Tengok kat sebelahnya ada kedai pengurup wang juga. Tau tak apa nama kedai tu? Nisah's Money Changer le. Dan saya menyesal tak pergi tukar wang di Nisah, kerana di situ saya untung beberapa dollar.
roti kosong satu!
:-)
Kalau tak buka restoran pun boleh buka kedai buku ala-ala cafe...seronok gak, sambil membaca minum kopi..