Lauk Sahur Paling Lazat


Seringkali apabila sahur, saya sering buntu. Selalunya, lauk yang dimakan sewaktu berbuka puasa, masih boleh disimpan dalam peti sejuk dan kemudian dipanaskan semula sewaktu sahur.

Dan, waktu sahur juga bukanlah waktu yang paling menyelerakan. Kalau makan pun, oleh kerana disunatkan bersahur dan untuk keadaan diri saya pada waktu ini, harus bersahur kalau mahu bertahan sepanjang hari. Itu juga nasihat dari doktor.

Adakalanya, saya rindukan waktu 'muda'. Sewaktu mampu berpuasa tanpa bersahur. Selalunya akan bersahur pada lewat malam dan terus tidur hingga subuh. Kini, zaman itu sudah berlalu. Saya harus mengambil sahur untuk terus bertenaga.

Pagi semalam, suami menggoreng ikan bilis garing. Kemudian diasingkan. Digoreng pula bawang dan cili yang telah dihiris. Lalu digaulkan kesemuanya di dalam kuali. Langsung jadi lauk yang sangat menyelerakan sewaktu dingin pagi. Terus terbuka selera. Lauk yang lain dipandang sepi.

Anak-anak yang masih di sekolah rendah pula nampaknya bersemangat berpuasa. Dua orang anak sulung dan kedua saling berlumba-lumba untuk melengkapkan puasa masing-masing. Saya kagum juga dengan endurance masing-masing. Anak ketiga masih di peringkat tadika. Dia cuba juga berpuasa, tetapi di selang-seli dengan minum seteguk dua air masak ataupun mengunyah biskut. Katanya, selepas minum nanti, dia akan puasa semula!

Saya senyum sahaja. Biarlah. Mereka belajar berpuasa. Insya-Allah, akan saya tunaikan janji kepada mereka jika mereka dapat berpuasa sebanyak mungkin. Itu dorongan dan rangsangan untuk anak-anak sebelum mereka benar-benar menghayati apa itu berpuasa.

gambar : sekadar hiasan
.
.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam Nisah

Tengok gambar pun sudah menyelerakan. Teringat pula semasa di Matrikulasi UIA 18 tahun sudah. Kami sebilik pakat tempah sambal bilis kering dari Mak Cik Cafe. Tahan sebulan bersahur. Tambah pula dengan serunding ikan dan daging.

Nisah, 'ada' lagi ke? Kalau betul, alhamdulillah.

Kak Ani Segamat
Nisah Haji Haron berkata…
Kak Ani,
Insya-Allah, penghujung Oktober nanti - akan diumumkan di sini.
dugongsenyum berkata…
Kalau Oktober, dia akan berbintang Libra seperti saya :-)


Selain sambal ikan bilis, kadang-kadang telur sama kicap pun masyukkk haha
Lily Abdullah berkata…
Salam

Saya ada melihat saudari dtg ke blog saya yang entah apa-apa tulisannya itu dan saya sangat berbesar hati.

Salam kenal puan. Lain waktu jika berkunjung lagi,berbicaralah sepatah dua.

Salam Ramadhan.
Tanpa Nama berkata…
Wah,sebijik mcm lauk sahur saya.Saya pun panggil lauk ni sambal goreng.Tapi yg suka mkn saya sorang je kat rumah tu.
Tanpa Nama berkata…
Makanan waktu sahur memang susah hendak difikirkan. Makanan lepas berbuka anak-anak tidak mahu makan lagi semasa sahur. Sudahnya buatkan sahaja roti telur dengan burger :D

~zalisamaz~
Chiron berkata…
dari awal ramadhan nak bangun sahur..tapi asal bangun je orang da azan subuh..camne??

Catatan Popular