Madrasah Ramadhan

Tahun ini Allah menganugerahkan saya satu kurniaan yang sangat istimwa dalam Bulan Ramadhan. Saya telah diberi pilihan sama ada mahu menyempurnakan puasa lengkap sebulan tanpa sebarang 'gangguan' ataupun boleh memilih untuk tidak berpuasa sepenuhnya.

"Anugerah" ini menjadikan saya lebih beriltizam untuk menyempurnakannya.

Doakan saya agar Ramadhan kali ini dapat saya lengkapkan dengan penuh penghayatan. Saya doakan juga kepada semua pembaca blog ini.

Mudah-mudahan ramai antara kita yang menyedari bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan Pesta Makan-Minum tetapi bulan untuk berjimat cermat serta mengekang hawa nafsu.

Ulasan

mohamad kholid berkata…
Tahniah, cahaya mata ke berapa?
Rebecca Ilham berkata…
Tahniah, Kak Nisah!

Tentang Ramadan...seorang rakan Amerikan membangkitkan sambil berlucu tempoh hari "Are you fasting, or feasting?" Malu sungguh saya ketika itu!
Nisah Haji Haron berkata…
Terima kasih semua!

Naga,
Kenapa? Tak percaya? :-D
Azmir Ismail berkata…
:-) syukurlah. Sempat juga nisah menghasilkan 'karya' baru dalam kesibukan perjuangan :) ...

Catatan Popular