Oleh-oleh dari Ujana Ilmu


Khusus untuk para pelanggan Ujana Ilmu yang dihormati, kami mengirimkan bersama-sama pesanan anda sekeping penanda buku sebagai penyeri kepada buku yang dibeli.

Di pihak Ujana Ilmu, kami sekadar memberi oleh-oleh sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Alhamdulillah, Ujana Ilmu sudah masuk tahun keempat dan masih lagi mengekalkan matlamat asal penubuhannya. Meskipun banyak sekali ranjau, duri dan racun yang harus ditempuh dan ditelan, doa dan sokongan daripada rakan-rakan serta para pelanggan cepat memugar semula semangat kami.

Sememangnya, pemberian ini terlalu kecil untuk kami nyatakan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyokong. Namun, itulah yang terdaya buat masa ini.

Terima kasih juga buat Emila Yusof, designer penanda buku ini.

Kepada calon pelanggan ataupun mereka yang sudah agak lama tidak memesan buku dari Ujana Ilmu, pilihan warna penanda buku ini dibuat secara rawak. Malah, untuk makluman, warna biru dan oren sudah tiada lagi dalam stok kerana warna-warna tersebut adalah edisi pertama.

Kepada yang biasa buat pembelian, pasti sudah boleh mengumpulkan koleksi penanda buku ini.

Perhatian : Penanda buku ini tidak dijual.

Layari www.ujanailmu.com.my untuk memesan buku secara online dengan mudah.

Ulasan

Nita berkata…
Assalamualaikum Kak Nisah... Yer, saya dah kumpul 3 warna penanda buku ni, biru. oren & pink. Saya teramat suka & sayang kan nya. warnanya menarik. :-)
Semoga Ujana Ilmu kan terus maju!
Tanpa Nama berkata…
Ujana Ilmu sudah menginjak 4 tahun rupanya. Tahniah!

Pertama kali saya membeli barang online adalah dengan Ujana Ilmu jika saya tidak silap. Tahniah sekali lagi!
Tanpa Nama berkata…
salam. akak, baru2 ni saya beli buku tunggu teduh dulu, tp dlm buku ada 30 lbh helai muka surat yang tidak tercetak dan t'ulang cetak... mmcmn la tu akak?
Nisah Haji Haron berkata…
Sdr Anonymous (lain kali bubuhlah nama yang sesuai),

Kami akan hantar buku yang baru bagi menggantikan mana-mana buku yang sifatnya 'tidak sempurna'. Sila hubungi webmaster@ujanailmu.com.my berserta dengan maklumat pembelian tempoh hari. Nyatakan No. ID, nama sebenar dan bila pembelian dibuat.

Kami akan uruskan dengan segera.

Tambahan lagi, buku Tunggu Teduh Dulu (versi lama & baru) sampai ke Ujana Ilmu dalam keadaan sudah siap berbalut (shrink-wrapped), jadi, sukar untuk kami tahu kondisi buku tersebut pada setiap halaman.

Sekali lagi, sila hubungi webmaster@ujanailmu.com.my untuk keterangan lebih lanjut.

Terima kasih atas makluman ini.
Muhammad Teja berkata…
salam alaik,
saya amat suka sekali membeli buku di ujana ilmu. urusannya cepat dan kos penghantaran murah. tahniah diucapkan kpd kak nisah!

Catatan Popular