Aktiviti Waktu Sedang Berpantang
Apalagi aktiviti yang paling praktikal untuk orang yang sedang berpantang seperti saya. Untuk berehat-rehat seperti tuan puteri rasanya, hal itu hanya terpakai jika sedang berpantang anak sulung. Atau, jika dijaga dan dibelai ibu sendiri ataupun ibu mentua.
Apabila sudah masuk anak yang keempat, kelima, tambahan lagi tanpa orang tua (perempuan), aktiviti bersantai-santai dan berehat-rehat dengan anak kecil itu sudah hampir tiada. Siapa pula yang akan masuk ke dapur dan menguruskan anak-anak yang lain? Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang ligat serba-serbi dalam hal urusan rumahtangga. Pun, takkan saya sanggup memandang sahaja - walaupun saya ada alasan yang sangat kukuh untuk kekal duduk berehat.
Selain daripada itu, aktiviti lain tentulah menyusukan bayi. Tempoh sekali menyusu yang agak panjang itulah yang memungkin saya melakukan aktiviti sampingan - membaca buku!
Setakat ini, saya sudah tamatkan Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman yang sudah lama ingin saya baca tapi masih tidak berkesempatan. Kini sedang menekuni Memoir Za'ba, A History of God, Bukan Yang Pertama, Living to Tell The Tale (Gabriel Garcia Marquez) dan beberapa judul lain yang dibaca serentak dan mengikut keselesaan sewaktu membaca.
Memang ada banyak buku di 'rak menunggu'. Inilah masanya untuk saya hadam dan khatamkan kesemuanya. Antara cita-cita besar ialah menghabiskan juga Enda Gulingku (Memoir Arena Wati) dan juga Pengembaraan Ibnu Batuttah. Tapi, tidak pastilah sama ada cita-cita itu akan tercapai pada waktu ini.
Ada juga orang kata, banyak membaca pada waktu pantang akan cepat rabun. Entahlah, saya fikir jika perkara itu benar, apabila saya rabun nanti, sudah banyak yang masuk ke dalam fikiran saya. Berbanding, jika saya banyak menonton televisyen, saya tidak rabun tetapi saya akan lemah akal fikiran.
.

Ulasan
1)Pantang makan-boleh ikut
2)Jgn minum air mcm ikan paus-ikut
3)Jgn berjalan mcm polis masuk perbarisan-ikut
4)Jgn buat kerja berat2-ikut
5)Mandi air segala daun dan rempah-ikut
6) Jgn banyak baca buku,dikhuatiri rabun-TAK BOLEH TAHAAAAAN!
1. Pantang Makan - adakalanya pantang jumpa
2. Jangan minum air macam ikan paus - mesti minum kalau tidak mana datang susu badan!
3. Jangan berjalan macam polis masuk perbarisan - kalau jalan terhegeh-hegeh bila pulak nak sampai ke dapur, anak2 yang lain perlu makan jugak
4. jangan buat kerja berat-berat - macam la ada bidadari dari langit nak tolong buatkan.
5. mandi segala air - dapat mandi pun dah bagus!
6. jangan banyak baca buku - hamba rela rabun!
Enda Gulingku buku yang sangat menarik. Kak Ani dah baca, pinjam library UiTM. Tebal tu, tapi sebelum habis pantang, insyallah boleh habis bacaan...
Selamat berpantang, apa nama anak lanang Nisah?
Kalau dah namanya hantu buku,mana boleh tahan dari tak baca buku? Kalau boleh masa tunggu doktor keluarkan anak time operate dulu pun rasanya macam nak mintak buku sebijik,nak baca.Hehe!
Tapi pantang-pantang yg lain tu mungkin akan dapat (harus sebenarnya) diaplikasikan bila dah bertambah anaklah nanti...
Saya ada berpuluh buku yang saya baca serentak, tetapi tidak habis-habis, kerana kesuntukan waktu.