Bersama-sama Pak Tenas
Sejak Ramadhan, sudah agak lama saya tidak ke Kuala Lumpur menghadiri acara sastera. Peluang untuk menghadiri Syarahan Raja Ali Haji 2008 langsung tidak mahu saya lepaskan. Walaupun, sebenarnya, saya ini sedang menanti hari.
Letih mengusung si kecil yang semakin keletah tetapi, mahu juga mendengar kata dan tidak mengganggu majlis. Ramai juga 'bidadari' yang mahu tolong menjaga dia.
Pada akhir majlis, sempat bergambar dengan tokoh yang amat berwibawa tentang "Kearifan Orang Melayu Berbahasa" ini.
Ulasan
Sekali lagi? :)
Alhamdulillah....
Hidup ini memang sentiasa dalam penantian. :-)