Soal masa


Alasan paling popular untuk tidak menulis ialah tiada masa.

Saya tiada masa untuk menulis kerana
  • sibuk bekerja.
  • sibuk jaga anak
  • sibuk layan tv
  • sibuk shopping
dan ada 1001 alasan lagi yang boleh dikembarkan dengan alasan tiada masa.

Soalnya, benarkah kita tidak ada masa untuk menulis tetapi kita ada pula masa untuk hal-hal lain. Kita ada masa untuk makan, keluar ke sana ke mari, untuk tidur dan sebagainya.

Masa tetap 24 jam untuk semua orang. Tiada sesiapa yang dapat 25 jam ataupun 26 jam sehari. Jadi, benarkah kita tidak ada masa?

Kalau hendak bercakap soal menguruskan masa, saya percaya hampir semua kursus motivasi, kem bina diri akan bercakap soal menguruskan masa. Sampai naik muak mendengarnya, tetapi masa yang ada masih juga tidak terurus.

Sebagai penulis, kitalah yang patut menjadi orang pertama menghormati masa sendiri. Jika sudah ditetapkan bahawa hari ini kita akan menulis - tak kiralah berapa halaman - jadi menulislah. Kalau ada orang telefon, usah dilayan. Kalau ada yang ajak keluar makan, keluar shopping, tak patut dilayan juga. Sekiranya dilayan, ertinya, kita sudah tidak menghormati masa kita sendiri.

Apabila kita sendiri tidak menghormati masa kita, bagaimana orang lain boleh menghormatinya? Selama-lamanya orang lain akan menganggap kita ada banyak masa untuk dihabiskan. Tetapi, sekali kita bertegas, barulah orang lain juga nampak betapa kita bukan sahaja menghormati masa, malah enggan membuang masa. Jika tidak, selama itulah apa yang kita hajatkan, apa yang mahu kita tulis tidak akan tertulis.

Susun keutamaan dalam hidup. Sekiranya kita sudah putuskan bahawa menulis itu suatu keutamaan, letakkanlah di dalam senarai kedudukan yang betul. Barulah, kita akan tetap ada masa untuk menulis seperti mana kita ada masa untuk makan, minum dan membeli belah.

"Demi masa... sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..." (Surah Al-Asr,1-2)
.
.

Ulasan

SITI ZAINON ISMAIL berkata…
Hebat Nisah, penulis rajin dan ibu yang amat rajin. Pengalaman penting atau contoh kepada wanita isteri dan ibu yang bingung untuk meneruskan dunia penulisan bila dah berkeluarga.Ahhah sekarang ruang kerja bonda siti, begitu santai sekali- tidak selalu berkurung di pustaka. Sering pindah ruang, kadang-kadang di ruang tamu (habis tamu jarang datang lhe kecuali kucing-kucing Melor yang ganggu), kerja menulis juga melompat-lompat kadang jauh ke hujung kampung.....nak bincang dengan Nisah tentang waris milik keluarga. Nanti kita jumpa di mana-mana ya..si kecil molek sehatkan? Amin
Ismail N berkata…
Salam,

Setuju. Pendapat yang betul dan wajar dititikberatkan. Menghormati masa & mengatur masa adalah masaalah ramai orang namun ia bukanlah sesuatu yg tidak boleh ditangani langsung. Good tips.

Ismail N
(http://passionateaboutblogging.com/)

Catatan Popular