Cuti menulis


Hujung minggu ini cuti panjang. Sekolah anak-anak saya bercuti sehingga Rabu.

Apa yang anda lakukan sempena cuti yang panjang begini? Mengisi masa bersama-sama keluarga? Menggunakan ruang ini untuk menulis?

Esok, saya pun bercuti dari rutin menulis. Wah, bolehkan penulis sepenuh masa bercuti? Adakah istilah cuti bagi penulis?

Ya, petang ini saya akan berpergian. Pergi menuntut ilmu untuk belajar menulis lagi. Ada yang pernah bertanya, mengapa saya perlu berbuat begitu. Pada saya, tiada noktah untuk belajar dalam bidang yang kita ceburi. Semakin banyak yang kita fikir kita tahu, semakin banyak yang menuntut supaya kita ambil tahu dan pelajari.

Oh ya, saya juga suka pergi belajar lagi tentang penulisan kerana di sana biasanya akan dapat bertemu dengan ramai rakan-rakan penulis. Bukankah sesekali penulis juga perlu memugar semangat, mendapat rangsangan baharu supaya dapat terus tekal menulis!
.
.

Ulasan

Hasmora berkata…
Salam...

Adakah Puan pergi Bengkel Menulis Novel Sejarah Johor? apapun selamat menuntut ilmu.. Saya sebenarnya ada niat hendak sertai bengkel di Melaka tu.. tapi terlewat sahabat maklumkan..sedangkan saya sudah setuju ke program persatuan anak negeri..

Salam hormat.
aniisma berkata…
Selamat menuntut ilmu. Semoga kemudiannya, dapat memanafaatkan kepada kami yang masih hijau dalam bidang penulisan kreatif.

Anak berlima bawa sekali?

Selamat bercuti

Catatan Popular