Lading Masih Di Tangan



Ini kumpulan cerpen pra-sulung! Ya, kumpulan cerpen "Lading Masih Di Tangan" ialah permulaannya. Jauh lebih awal daripada "Impian Tsu-Ryi". Ada juga pertanyaan yang saya terima tentang kewujudan buku ini. Buku ini merupakan buku 3 serangkai. Saya, Dr. Siti Zainon dan Dr. Mawar Shafei sama-sama mengeluarkan belanja dan menerbit serta menjual sendiri buku ini.

Saya suka konsepnya yang bersaiz seperti sebuah kotak cakera padat. Pun, buku ini banyak kelemahan dari aspek penerbitan seperti ejaan, letakhuruf dan sebagainya. Tetapi, buku ini ada nilai sentimental kepada saya yang dalamnya, berbeza daripada kumpulan-kumpulan cerpen saya yang lain.

Blog Ulas Buku juga pernah menulis tentangnya.

Masih adakah yang berminat untuk mendapatkannya? Saya cuma ada beberapa naskhah dengan saya. Jika ya, tinggalkan e-mel di ruangan komen untuk saya hubungi semula.
.
.

Ulasan

S.K berkata…
Salam,

Oh ya! Sudah tentu! Bertandatangan, ya! ;D
Saya juga akan tempah beberapa buku dari ujana ilmu hujung bulan ni... nanti satu kan je lah, ye...

Wassalam.
Nissa' Yusof berkata…
salam. kak nisah. saya nak!

nissa.yusof@gmail.com
Naj AB berkata…
Salam Kak Nisah. Saya juga mahu sebuah kalau masih berbaki :).

najibah.abubakar [at] gmail.com

Catatan Popular