Riau 2009 - Catatan 2


Sesuatu yang indah di Riau ialah seni binanya. Saya kagum dengan usaha pihak pemerintah mengekalkan ciri-ciri Melayu pada seni binanya. Lihat sahaja gambar di atas. Saya cukup suka melihat bentuk atap yang dipanggil "Lembayung Riau" ini. Boleh dikatakan hampir setiap bangunan kerajaan dan juga bangunan yang signifikan memilih untuk membina "Lembayung Riau" pada bangunan masing-masing.

Mahu tahu gambar di atas sebenarnya saya ambil di mana?

Percaya ataupun tidak, itulah gambar pondok pengawal di Hotel Pangeran tempat saya menginap!

Cuba lihat bangunan di bawah pula.


Inilah gapura kepada Dewan Kesenian Riau (DKR). Wah, ini baru pintu gerbangnya.

Cuba lihat Bangunan DKR yang tersergam di atas bukit ini :



Di sini, saya sentiasa terpegun dengan seni bina apatah lagi seni ukir yang membuat saya terpesona. Sekurang-kurangnya daerah ini pekat bancuhan Melayunya dan punya jati diri - walaupun dalam hal-hal yang fizikal.

Lalu saya terkenangkan bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Hanya bangunan Muzium Negara singgah sebentar di benak. Yang lainnya, seakan-akan lupus jati diri Melayu. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi saya kesempatan untuk berfikir begini...
.
.

Ulasan

Hanita Hassan berkata…
Salam Nisah,
Rasa rindu sekali pabila membaca entry awak tentang Riau dan segala macam keindahan anugerah Allah ke atas bumi penuh sejarah itu.

Sememangnya sejak tahun 2001, saya kerap ke Indonesia (pelbagai wilayah atau propinsi) dan kekerapan itu tanpa saya sedar telah menghasilkan bibit-bibit cinta sehinggakan jika tidak menjenguk dan mendengar lenggok bahasanya, melihat dan menghirup udaranya, bercampur dengan orang-orang di situ, emm...terasa amat rindu sekali.
Dewangga Sakti berkata…
Salaam.
Seni bina yang amat menarik.
Di negara kita ,pembuat dasarnya tiada jati diri. Bangunan pun tiada asas seni bina budaya Melayu.Apatah lagi nama-namanya yang sedikit demi sedikit diingeriskan.
Teruskan mencatat kembara ini.
:)
zubin berkata…
senibina tersergam indah tapi apakah ruangnya hidup atau mati?

Catatan Popular