Kehilangan 2
Atas permintaan Sdr Abd Rahman Sokran, saya turunkan di sini tindakan saya setelah telefon bimbit diambil orang tanpa izin :
.
.
- Menghilangkan rasa terkejut dan mengawal diri. Debarannya luar biasa. Apatah lagi banyak sekali maklumat berharga yang tersimpan di dalam telefon itu.
- Ketika telefon itu hilang, saya berada di tempat yang ramai orang (kompleks membeli-belah). Saya minta suami telefon nombor saya itu. Saya cuba dengar nada deringnya, manalah tahu kalau-kalau dapat dikesan. Nada dering daripada suami amat khusus - ada kemungkinan saya dapat mengesan telefon itu jika orang itu masih berada tidak jauh dari situ. Sayangnya pada ketika itu, suasana di kompleks membeli-belah agak hingar-bingar, sukar untuk mengesan bunyinya.
- Saya guna talian maxis. Oleh itu, saya telefon nombor 123 dari mana-mana telefon yang menggunakan talian maxis.
- Beritahu maxis akan hal kecurian telefon sesegera mungkin dan minta maxis menggantung/block/suspend buat sementara nombor yang berkenaan. Ini dapat menghalang kad sim yang lama itu disalahguna. Pencuri berkenaan hanya dapat memanfaatkan telefon bimbitnya sahaja.
- Maxis mengarahkan supaya saya pergi ke maxis centre yang berkenaan untuk dapatkan kad sim yang baharu.
- Sewaktu di maxis centre, saya diberikan kad sim baharu. Masih mengekalkan nombor yang sama tetapi maklumat dalam kad sim yang lama tidak dapat dipindahkan ke dalam kad sim yang baharu. (Hal ini boleh dilakukan untuk talian post paid. Untuk mereka yang menggunakan prepaid, saya tak pasti apakah tindakan yang sewajarnya).
- Kad sim yang baharu akan aktif selepas lebih kurang 1 jam.
- Boleh guna telefon seperti biasa.
- Selongkar buku telefon hitam kecil.
- Masukkan nombor-nombor sahabat yang sempat disimpan secara manual dalam buku telefon hitam kecil sebelum kehilangan telefon bimbit.
.
.
Ulasan
Telefon bimbit ayah saya juga baru hilang dalam dua minggu lepas. Sedikit yang agak lucu, saya terpaksa hubungi 123 lebih kurang jam 10.30 malam memandangkan sim kad baru (dengan nombor lama) tidak aktif selepas berjam-jam. Apabila help desk semak data, katanya sim kad baru didaftar jam 10 malam dan akan aktif dalam masa satu jam. Sedangkan sim baru itu diambil jam 10 pagi dan diberitahu akan aktif jam 11 pagi. Mujurlah selepas 11 malam nombor ayah betul-betul aktif, jika tidak mesti ayah akan tukar ke servis telco lain selepas banyak urusan beliau sepanjang hari tergendala kerana tiada talian telefon.
Ada satu tips yang mengatakan kita boleh block juga telefon bimbit yang hilang dengan melaporkan serial number telefon tersebut kepada telco. Telefon itu tidak akan dapat digunakan walaupun dengan kad sim lain. Tapi saya pun tak pasti dan tak pernah cuba. Untuk lihat serial number, dail *#06#
Terima kasih atas Wacana ini. Sebenarnya anak saya kehilangan telefon bimbit. Ternyata tak rugi bertanya. Kenapa saya terlepas pandang nombor 123! Selama ini saya cuma tahu nombor 100, 121, 122, dan 112. Terima kasih sekali lagi.