"Not Everyone Can Fly"

Rentetan peristiwanya agak panjang. Jadi, secara ringkasnya, penerbangan saya untuk pulang dari Pulau Pinang ke LCCT telah dibatalkan.

  • Jadual asal : terbang pulang pukul 9.00 malam dengan penerbangan AK 5469
  • Penerbangan ini ditangguhkan ke pukul 1.00 pagi
  • Punca : burung masuk dalam enjin. Jadi tak boleh terbang mengikut jadual
  • Ok, alasan diterima. Atas sebab-sebab teknikal.
  • Itu masalah AirAsia, bukan masalah saya. Jadi penyelesaiannya bagaimana?
  • Diberinya kami "McChicken" sebungkus + air mineral Alla Fonte. Burger itu harus dikunyah tanpa sos. Penginapan tidak disediakan kerana penerbangan lewat tidak sampai 5 jam
  • Penumpang kian resah apabila menjelang pukul 12.30 pagi. Tiada satu pun kapal terbang yang mendarat. Suasana di bilik menunggu yang semakin hening, mula diganggu bunyi pergerakan penumpang yang sudah mula beratur. Maklumlah, pukul 12.20 sudah sepatutya boarding.
  • Menghampiri jam 1.00 pagi, petugas syarikat penerbangan itu datang ke kaunter pengumuman di sebelah pintu masuk untuk ke pesawat.
  • Tanpa menggunakan alat pembesar suara, dia hanya berkata kepada penumpang yang kebetulan berada di sekitar kaunter itu - penerbangan dibatalkan.
  • Mudah sekali! Pilihan yang ada kini : bermalam di hotel yang disediakan (Cititel Georgetown) - naik penerbangan berikutnya pada pukul 7.15 pagi ataupun naik ke pesawat yang dijangka sampai jam 2.00 pagi (ada sebuah lagi penerbangan yang dijadualkan tiba, pun lewat juga daripada jadual asal).
  • Seperti mahu beli daging atau ayam di pasar kerana lusa Hari Raya, penumpang pun berpusu-pusu di kaunter.
  • Mereka masih tidak pasti sama ada yang berpusu-pusu di kaunter ini ialah untuk beri nama sebab hendak ke hotel ataupun untuk menaiki pesawat yang satu lagi.
  • Secara logiknya, walaupun penerbangan yang satu lagi itu mungkin tidak penuh, tak mungkin dua kumpulan penumpang ini dapat digabungkan ke dalam satu pesawat. (Saya tak beli tiket berdiri!!!)
  • Kecoh. Sudah ada penumpang yang meninggikan suara. Seorang lelaki Tionghua berkata, "Why you let us queuing here like idots, when you know there will no flight! This is so stupid!" Barangkali memarahi dirinya sendiri juga kerana begitu teruja beratur untuk ke LCCT. Kemudian, baru saya tahu yang dia sebenarnya mengejar connecting flight untuk ke Vietnam kerana ada mesyuarat penting.
  • Saya mencongak. Kalau pun saya sempat menaiki pesawat jam 2.00 pagi, saya akan menyusahkan orang yang menjemput saya di LCCT.
  • Saya pilih untuk bermalam di Pulau Pinang. Lagipun, kos hotel dan pengangkutan akan ditanggung oleh syarikat penerbangan ini.
  • Apabila menunggu teksi untuk dibawa ke hotel, kami dimaklumkan pula bahawa penerbangan berikutnya ialah pada pukul 9.00 pagi. Aik, tadi kata 7.15 pagi!
  • Sampai di hotel lebih kurang 20 minit kemudian, petugas yang menyambut di lobi hotel pula memberitahu supaya kami berehat dan berkumpul semula untuk bertolak ke lapangan terbang pada pukul 11.30 pagi. Hah, apa cerita? Rupa-rupanya penerbangan pulang hanya ada pada pukul 3.00 petang. Pulak dah!
  • Mereka mencadangkan 4 penumpang tinggal di dalam satu bilik! Hello? Ini hotel kan, bukan tin sardin. Saya berkeras. Mahu berdua sahaja dalam satu bilik. Mereka tidak melawan.
  • Dengan waktu tidur yang sudah bercelaru, kami terus rehat tanpa memikirkan dengan lebih lanjut. Esok adalah esok.
  • Usai sarapan, saya sempat ke Chowrasta membeli buku-buku terpakai sementara menunggu bas untuk ke lapangan terbang. Barangkali, inilah hikmahnya. :-) Membeli buku-buku buat pengubat hati yang masih berasap-asap.
  • Pukul 11.40 pagi bertolak ke lapangan terbang. Sampai di sana, 'digula-gulakan' lagi. Diberi voucher makanan McDonald. Tak boleh daftar masuk bagasi sehingga pukul 2.00 petang.
  • Sementara itu, jumlah penumpang yang masih bersabar seperti saya sudah semakin berkurangan. Ramai yang membatalkan tiket, dapatkan full refund dan beli tiket syarikat penerbangan lain.
  • Saya masih bertahan kerana saya tak rugi apa-apa pun dengan menunggu. Bahan bacaan dan komputer riba semua ada dengan saya. Saya boleh mengarang, membaca dan kalau bosan-bosan, boleh shopping di kawasan kedai lapangan terbang.
  • 2.30 petang, barulah kami boleh mendaftar masuk bagasi. Jadual penerbangan 4.40 petang. Saya ambil pas masuk dengan penuh skeptis. Belum tentu saya akan terbang pada waktu ini.
  • Dugaan saya tepat. Pukul 4.00 petang, mereka mengumumkan bahawa penerbangan 4.40 petang dijangka lewat. Pukul 5.30 petang baru terbang.
  • Sementara itu, dengar khabar bahawa penerbangan jam 2.00 pagi yang tidak sempat saya naiki itu, rupa-rupanya terbang pada pukul 3.30 pagi! Wah, pilihan yang tepat untuk tidak menunggu penerbangan itu. Sempat berehat-rehat di bilik hotel dan shopping di Chowrasta. Hadiah untuk orang yang sabar, barangkali :-)
  • Akhirnya, pukul 5.30 petang kami semua naik ke pesawat. Sampat di LCCT pada pukul 6.30 petang.


Tidak seperti tagline syarikat ini yang menyatakan "Kini Semua Orang Boleh Terbang", saya fikir "Bukan Semua Orang Boleh Terbang" mengikut masa yang kita mahu. Saya tak marah kerana masalah teknikal mereka. Hampir semua penerbangan ada yang lewat. Tetapi, ramai yang tidak berpuas hati dengan cara mereka menguruskan kelewatan ini.

Syarikat ini sudah kehilangan ramai penumpang yang akan memilihnya lagi. Saya juga selepas ini akan sanggup berbelanja lebih untuk keselesaan dan kepuasan hati.
Tagline syarikat tambang murah itu kini sudah berubah. Daripada "Now everyone can fly", kini "Not Everyone Can Fly"!

p/s : Respons yang saya terima di Facebook - alah biasalah AirAsia, memang gitu. Apakah kita mahu terus membenarkan kenyataan ini dan redha bahawa kalau pilih AirAsia bersedialah untuk dilewatkan; atau sebagai pengguna, kita tetap ada kuasa untuk merobah keadaan ini. Keselamatan, keselesaan dan sikap menghormati penumpang adalah perkara yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana syarikat pengangkutan.

Ulasan

Kamariah Kamarudin berkata…
salam Nisah
ohh, saya juga mengalami situasi yang sama kala ke Jakarta tahun lepas menggunakan perkhidmatan AIRASIA. waduh! 3 jam menunggu baharu boleh terbang pulang ke tanahair. emosi berbaur2 kala menunggu lama di lapangan terbang. dan kini sudah serik mahu menggunakan perkhidmatannya lagi!
mba2u berkata…
Salam;

Begitulah yang selalunya saya dengar. Penerbangan ini selalu lewat, lewat dan tidak memepati masa (atas sebab-sebab tertentu).

Ini yang membuatkan saya fobia. Hingga kini belum pernah sekalipun naik penerbangan ini dan menolak pemberian kad kredit berjenama penerbangan ini.
Layla Haq berkata…
Ahh...bosannya menunggu dan digula-gulakan. Satu perjalanan yang mencabar bagi mereka yang bersantai-santai. Tetapi ini merupakan perjalanan yang membakar bagi mereka yang mengejar masa.
fadz berkata…
alamak, saya jadi takut mahu gunakan perkhidmatan AirAsia lagi!
Aryati Bakri berkata…
Salam...

Saya telah beli tiket dr London ke KL utk cuti raya ini. Hari ini saya terima SMS ..penerbangan ditunda ke tarikh lain. Saya belajar di Sheffield. Saya telah membeli tiket dr Sheffield ke London dan juga flight dr KL ke JB????....skrg saya pun tengah tension dgn AirAsia..international flight pun cancel ke...kalau murah betul tak apa...lebih kurang beza 100-200 pounds dgn syarikat penerbangan lain..Saya rasa tertipu dengan AirAsia..Saya akan cuba dapatkan refund...cuma tak past penerbangan dr KL-JB akan dapat semula ke tak? sebab salah satu penerbangan saya guna MAS.
Aryati Bakri berkata…
Saya telah membeli tiket utk balik raya dr London ke KL dengan menggunaAirAsia. Hari ini menerima SMS yang menerbangan ditunda ke tarikh lain. Saya hendak memohon full refund dan membeli tiket lain. Cuma saya tak pasti bagaimana dengan tiket dr KL ke JB. Sebab utk balik saya telah membeli menggunakan MAS. Saya rasa fobia pulak dengan AirAsia ini. Saya juga telah membeli tiket dr Sheffield ke London. Sedap aje mereka tukar penerbangan tapi memikirkan kesan kepada orang lain. Saya rasa tertipu dgn AirAsia, bukan penerbangan yang boleh dipercayai. Saya hampir tak percaya penerbangan antarabangasa pun mereka canel…..
annahs berkata…
Assalammualaikum..

Saya akui memang penerbangan Air Asia agak teruk 2 3 menjak ini. Saya sebagai pekerja lapangan terbang pernah diberi peluang bertemu beberapa orang operasi untuk airlines pernah ungkit mengenai hal ini, kelewatan penerbangan yang menyebabkan situasi gantung tanpa tali. Banyak alasan yang diberi, termasuk kos2 yang kita sendiri pun tahu itu memang tanggungjawab mereka. Alhamdulillah, selama saya menjadi pengguna airlines, hanya 2 kali mengalami kelewatan. Nasib baik dapat diuruskan dengan baik. Airlines perlu lihat semula cara terbaik dalam mengendalikan pelbagai bentuk masalah pengguna, serta kerjasama pengguna juga perlu untuk menjayakannya. Kata puan - Keselamatan, keselesaan dan sikap menghormati penumpang adalah perkara yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana syarikat pengangkutan - sangat betul.

Catatan Popular