Pak Samad yang saya kenali

Atas undangan pihak Institut Terjemahan Negara Malaysia, saya telah diminta memperkatakan tentang Sasterawan Negara A. Samad Said. Saya pun mulalah berkayuh semula ke pangkal kenangan - pertama kali bertemu beliau secara langsung. Saya fikir pertemuan pertama saya itu sewaktu menerima HSSBR 1991 di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur.

Bagaimanakah bentuk pertemuan saya itu? Insya-Allah, akan saya kongsi pada malam itu nanti.

Majlis akan diadakan seperti mana butiran yang berikut :

Majlis Penghargaan

“MENJELANG 75 TAHUN A. SAMAD SAID”

dan Pelancaran Buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map


  • Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 malam
  • Tempat : Auditorium DBP, Kuala Lumpur
Majlis akan turut diserikan dengan bacaan puisi oleh Prof. Rahman Shaari, Shukri Abdullah, Zurinah Hassan, Raja Rajeswari Seetha Raman, Dr Chew Fong Pang dan ramai lagi.

Turut diadakan sesi autograf bersama SN Dato’ (Dr.) A. Samad Said.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung majlis ini, Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my ataupun Cik Norhasydah Ayub di talian 019-274 3836, e-mel shida@itnm.com.my.

.
.

Ulasan

Catatan Popular