Aduhai - Fatimah Busu
Judul : Aduhai
Pengarang : Fatimah Busu
Penerbit : NP Business Office Solution
Genre : Kumpulan cerpen
Mukasurat : 356 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789834468507
Ada banyak sebab anda perlu membeli buku ini :
- Ini ialah kumpulan cerpen Fatimah Busu yang terkini.
- Buku ini tiada di pasaran terbuka - khabarnya hanya dicetak sebanyak 300 naskhah.
- Ada 7 buah cerpen yang tidak 'berani' disiarkan oleh mana-mana editor.
- Fatimah Busu antara penulis wanita yang berminat mengangkat tema politik dalam karyanya, akhir-akhir ini.
- Tidak ramai penulis yang berani mengkritik selantang ini di dalam karya.
- Harganya RM35 tetapi sangat berbaloi kerana belum tentu Fatimah Busu akan mencetak ulang.
- Kepada yang pernah membaca cerpennya "Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan" ada sambungannya dalam buku ini.
- Cerpen "Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan II" (Dewan Sastera) merupakan antara cerpen terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Dewan Sastera - lebih kurang panjang cerpen Seha (Shahnon Ahmad).
- Kepada yang tidak kenal siapa itu Fatimah Busu, boleh rujuk buku teks KOMSAS Tingkatan 3 kerana dialah pengarang cerpen "Anak Bumi Tercinta".
- Fatimah Busu juga terkenal dengan novelnya "Ombak Bukan Biru", kalau tak pernah baca novel ini anda tidak boleh menggelarkan diri sebagai pembaca tegar.
- Fatimah Busu pernah dianugerahkan S.E.A. Write Award (diadakan pada setiap tahun di Thailand) tetapi menolak kerana tidak mahu menerima hadiah daripada tangan negara yang membunuh umat Islam sewenang-wenangnya.
- Beliau orang Kelantan, oleh itu orang Kelantan wajib baca buku ini. Kalau tidak, orang Johor, orang Negeri Sembilan, orang Selangor, orang Perak dan negeri-negeri lain akan habiskan stok yang 300 naskhah itu. Nanti orang Kelantan kena pinjam dari orang negeri lain. :-)
Senarai lengkap koleksi cerpen adalah seperti :
1. Apabila Air Mata Menjadi Darah (Berita Minggu)
2. Melankoli Atas Rumput (Dewan Sastera)
3. Wajah-wajah Ramadhan 1428 (Siasah)
4. 10 Budak Hitam (Berita Minggu)
5. 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan (Berita Minggu)
6. Karung Masalah
7. Putih Putih, Nadzirah, Siti Dewi, Tampung
8. Kalaulah Hatiku Seperti Hati Medalin
9. Aduhai Si Luncai (Dewan Sastera)
10. Aduhai Pak Pandir (Siasah)
11. Aduhai Pak Kadok (Siasah)
12. Aduhai Pak Belalang
13. Malang Si Lebai Malang
14. Tanah Segara Bukit Itu (Siasah)
15. Alahai Manisnya Aduh Pahitnya
16. Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka
17. Anak-anak Dari Kampung Pasir Pekan II (Dewan Sastera)
Dapatkan buku ini dari Ujana Ilmu.
Buku-buku Fatimah Busu yang lain ada di sini.
Ulasan
Fatimah Busu hanya cetak 300 naskah sahaja bukunya. Ini bermakna buku ini diterbitkan sendiri?.
Saya juga berminat untuk terbitkan buku sendiri. Jika 300 naskah saya yakin boleh dihabiskan, namun pencetak mahu cetak 1,000 naskah untuk balik modal. Di manakah boleh dicari pencetak yang murah cajnya?.
Terima kasih.
Di sini, kenangan semakin segar bila teringatkan detik Fatimah Busu melamar saya dengan cerpen beliau, 'Anak Bumi Tercinta' semasa saya berada di Tingkatan 3. Dengan lamaran itu, saya pun melafazkan akad untuk menjadi seorang penulis.
(Bertuah rasanya kerana ibu saya mempunyai antologi Hadiah Karya Sastera 1975 yang memuatkan kedua-dua buah cerpen 'Anak Bumi Tercinta' dan 'Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan')
Mendapatkan buku 'Aduhai' adalah suatu kemestian! Terima kasih atas makluman.
Salam Ramadan 1430H! :)