Beginikah Cara Meminta ?
Terkini : Pelajar ini sudah memohon maaf kepada saya melalui e-melnya. Saya sudah maafkan dia kerana dia menyedari kesilapannya. Walau bagaimanapun, pensyarahnya turut menghubungi saya dan tidak bersetuju dengan cara saya ini. Namun, untuk kepentingan anak bangsa dan kegunaan mahasiswa/i pada masa hadapan, saya mahu kekalkan entri ini supaya tidak ada lagi yang mengulangi perkara-perkara yang asas dan memerlukan common sense begini. Saya tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa ataupun enggan bekerjasama; namun, saya harus bertegas untuk faedah semua. Harap maklum.
Saya malas betul hendak 'marah-marah' sewaktu bulan Ramadhan ini. Saya juga banyak mengambil pendirian untuk mengelak daripada berada di dalam lingkungan yang boleh menyebabkan saya marah atau mengata. Namun, seperti kata pepatah Melayu : tak tumbuh tak melata, tak sungguh takkanlah saya saja nak kata.
Ini kali kedua saya menerima e-mel yang sebegini :
Cuba lihat pada thread e-mel ini. Lihat juga berapa kali e-mel ini sudah dilanjutkan (forward).
Kandungan bahan yang dijadikan attachment ialah soal selidik yang diminta supaya menerima melengkapkannya. Di dalam attachment itu juga dinyatakan maklumat orang yang membuat soal selidik tersebut, universiti yang diwakili. Dia tidak menyatakan sama ada tesisnya ini untuk ijazah sarjana muda, sarjana ataupun PhD.
Terus terang, saya memang boleh saja menjawab soalan tersebut. Namun, saya terkilan kerana e-mel itu dibuat di dalam bentuk lanjutan (forwarding e-mail). Ini suatu kerja mudah dan ambil mudah. Saya juga sudah beberapa kali menerima e-mel yang sebegini. Kemudian, jawapan yang sudah saya taip itu akan ditampal setiap patah katanya ke dalam kandungan tesis mereka. Mudah, bukan?
Sedangkan, ada pelajar yang mewawancara saya secara langsung juga memasukkan jawapan saya secara verbatim ke dalam kajian mereka sebagai sebahagian daripada cara untuk menebalkan tugasan. Ah, saya kecewa dengan sikap begini.
Apatah lagi, saya cuma layak menerima e-mel yang dilanjutkan sahaja.
Implikasinya :
Ya, saya kedengaran seperti garang dan cerewet.
Ya, katalah apa saja pun. Masa yang saya gunakan untuk menjawab e-mel tersebut ialah masa saya. Jadi, saya ada pilihan untuk menjawab ataupun sebaliknya.
Jika selepas ini, hal ini menyebabkan tiada orang yang akan mengkaji karya saya lagi ataupun meminta pendapat saya; mungkin itu lebih baik kerana saya akan lebih tenang melakukan kerja saya sendiri.
Tolonglah, inikah cara untuk meminta?
Saya fikir saya sudah beberapa kali menulis tentang perkara ini. Jelas, entri saya yang terdahulu tidak sampai pada pengetahuan pelajar ini. Mungkin nanti harus saya arkibkan di bahagian sisi supaya dapat dirujuk kembali.
Oh, saya terkilan dengan sikap yang ditunjukkan. Saya bukannya selalu begini. Tanyakanlah sesiapa sahaja yang pernah mewawancara saya sebelum ini. Jika caranya betul, saya sangat bekerjasama.
Tuhan, sesungguhnya aku berpuasa!
Sabarkanlah hati ini.
.
.
***

- saya tidak penting (cukup untuk menerima e-mel lanjutan)
- tiada salam sebagai permulaan kata (kalau bukan Islam pun, boleh saja guna salam sejahtera). Tiada maksud permintaan dinyatakan pada bahagian isi e-mel. Kalau minta kerja, memang akan saya jadikan kertas recycle pada resume calon ini.
- orang ini tidak ada usaha untuk personalise e-mel tersebut.
Ya, saya kedengaran seperti garang dan cerewet.
Ya, katalah apa saja pun. Masa yang saya gunakan untuk menjawab e-mel tersebut ialah masa saya. Jadi, saya ada pilihan untuk menjawab ataupun sebaliknya.
Jika selepas ini, hal ini menyebabkan tiada orang yang akan mengkaji karya saya lagi ataupun meminta pendapat saya; mungkin itu lebih baik kerana saya akan lebih tenang melakukan kerja saya sendiri.
Tolonglah, inikah cara untuk meminta?
Saya fikir saya sudah beberapa kali menulis tentang perkara ini. Jelas, entri saya yang terdahulu tidak sampai pada pengetahuan pelajar ini. Mungkin nanti harus saya arkibkan di bahagian sisi supaya dapat dirujuk kembali.
Oh, saya terkilan dengan sikap yang ditunjukkan. Saya bukannya selalu begini. Tanyakanlah sesiapa sahaja yang pernah mewawancara saya sebelum ini. Jika caranya betul, saya sangat bekerjasama.
Tuhan, sesungguhnya aku berpuasa!
Sabarkanlah hati ini.
.
.
Ulasan
Hehe, saya faham perasaan puan. Kalau saya pun, tak akan layan. Buat tak tahu.
Saya pun tidak faham dengan siswa pengajian tinggi hari ini (walaupun tidak semua). Perkara pertama, mereka tidak tahu menghulur "salam" sebelum meninta bantuan. Kedua, mereka tidak buat kerja rumah dan akan mengakibatkan mereka bertanya soalan yang bukan-bukan. Ketiga, mereka tidak ada disiplin dalam melaksanakan tugas kursus. Bagaimanakah mereka akan dapat pengalaman jika tidak mahu bersusah payah dalam melaksanakan tugasan jika mengamalkan sikap ambil mudah. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana mereka bekerja nanti?
Saya pun lemas dengan siswa yang sebegini.
saya juga didatangi emel yang sama!
ya, saya juga didatangi emel yang sama; 2 pelajar yang sama universiti. lantaran masa yang terlalu menuntut sejak akhir-akhir ini dengan kerja-kerja akademik, saya terus sahaja "delete" emel tersebut dan dalam hati menyumpah seranah jua, aduhai! betapa bobroknya sifat anak muda hari ini...
saya salah seorang peminat Puan Nisah.. tapi saya kurang bersetuju dengan komen yang dikupas bahawa pelajar tidak berbudi bahasa. emel yang saya lihat ada menyatakan 'salam sejahtera' tapi dinyatakan sebaliknya. Kita sendiri sedia maklum, kini zaman IT, teknologi pun dah tinggi. fungsinya untuk membantu manusia meringankan kerja disamping menjimatkan masa.. Saya faham dengan situasi pelajar dan Puan Nisah yang tidak mempunyai masa sebab saya sendiri merupakan seorang penulis dan juga pelajar. Memang betul jika budi bahasa itu penting, tapi cara yang puan gunakan boleh membunuh minat pelajar tersebut. Saya pun tidak boleh menyalahkan pihak orang ATASAN yang semakin meningkat namanya dan perlu menjaga reputasi disamping kontrovesi yang sentiasa ingin dihormati. Manusia ciptaan Tuhan yang tidak sempurna dan perlu belajar memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri. Kepada pelajar tersebut, jangan patah semangat. Teruskan perjuangan. Teguran yang diberikan ambil sebagai motivasi untuk terus berjaya.
cyeQa, benar. Pelajar ini ada mengucapkan salam sejahtera, tapi di mana letaknya? Pada bahagian subjek e-mel. Biasanya orang letak begitu kalau mahu promo MLM, ataupun skim cepat kaya.
Lepas tu, 'harap balasan segera'. Sudahlah mahu minta jawab soal selidik, lepas itu mendesak pula. Kalau sudah buat kerja pada saat-saat akhir, jangan fikir orang lain juga berprinsip dan bekerja seperti itu. Kalau kita sudah lambat, jangan suruh orang lain cepat. Tak kiralah sama ada kedudukan orang itu lebih tinggi ataupun lebih rendah.
Jika cara saya itu membunuh minat dan semangat pelajar, mungkin pelajar itu tidak mempunyai daya tahan yang cukup. Apatah lagi untuk menjadi guru. Dengan komen begini sudah mati semangat, bagaimana nanti kalau dibuli oleh pelajar sendiri yang rata-rata lebih ganas daripada ini. Guru perlu daya tahan yang tinggi.
Saya setuju bahawa manusia tidak sempurna tetapi, atas kekurangan itulah kita bina kekuatan. Kalau pelajar itu melihat ini sebagai sesuatu yang boleh menghancurkan dirinya, itu pilihannya. Manusia itu diberikan akal untuk bertindak.
Pastinya, teknologi tidak harus digunakan untuk mempermudahkan apa sahaja. Teknologi harus dikuasai dan bukan kita yang dikuasai teknologi sehingga menenggelamkan budi bahasa, jati diri dan sifat-sifat kemanusiaan.
Wallahua'lam.
Tok Rimau
Budak zaman sekarang dah tak reti berbahasa. Terus drect to the point. Pengaruh Teks Pesanan Ringkas kot.
Muhammad Firdaus Bin Ariff
Alhamdulilah, saya pula mendapat dua emel permintaan yang molek susunannya.
Rem D. Dumaring
Bagus, saya sokong Nisah masukkan dalam blog. Biar budak tu insaf sikit. Saya pun sudah dua kali dihantar email yang sama. Kalau dia hantar kali ketiga, saya akan tulis kepada Naib Canselor IPT tempat dia belajar -- disalinkan kepada pensyarah kursus dan dekan fakulti -- minta supaya pendidikan moral dan adab penyelidikan ditingkatkan di IPT tersebut. Tak ada etika penyelidikan langsung. Tak reti adab menuntut ilmu.
Faisal Nordin
Sabar Puan. Saya pun hadapi masalah sama ketika mereka buat lawatan sambil belajar ke tempat kerja saya bulan lepas. Sudah lah tak hormat tuan rumah, bercakap pun sambil makan kerepek. Ikutkan hati nak halau saja mereka balik...sabar sajalah..
Chempaka Biru
Saya pun pernah mengalami dan menghadapinya dengan sedih tentang generasi akan datang. Apakah salah kita mendidik mereka?
Tok Rimau
Tok tahu common courtesy itu penting. Hormat menghormati. Tahu diri. TETAPI jangan sampai terperangkap dengan "Lagi tinggi seseorang itu, lagi banyak respek dia demand."
Maria J. Micheal
Saya sokong. Patutnya cara tu kenala betul. Proper and professional. Not approaching ppl with junk mails. Sabar byk2 ya :)
Anisah Kasim
Way to go, Sis. By the way, if they call you Anisah one more time, tell them, "I'm Nisah. Anisah is my twin.."
Nisah Haron
Terkini : Pelajar ini sudah memohon maaf kepada saya melalui e-melnya. Saya sudah maafkan dia kerana dia menyedari kesilapannya. Walau bagaimanapun, pensyarahnya turut menghubungi saya dan tidak bersetuju dengan cara saya ini. Namun, untuk kepentingan anak bangsa dan kegunaan mahasiswa/i pada masa hadapan, saya mahu kekalkan entri ini supaya tidak ada lagi yang mengulangi perkara-perkara yang asas dan memerlukan common sense begini. Saya tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa ataupun enggan bekerjasama; namun, saya harus bertegas untuk faedah semua. Harap maklum.
Nisah Haron
Setuju dengan Tok Rimau dan, saya tertarik dengan frasa "TETAPI jangan sampai terperangkap dengan "Lagi tinggi seseorang itu, lagi banyak respek dia demand." Moga-moga niat saya untuk menegur ini tidak dipesongkan. Astaghfirullahilazim.
Anisah Kasim
Sis (for everyone's info, I am her Sis;-)), I'm a university professor too and if I were that university professor, I would be writing you to thank you for helping me teach my student. But then, I'd be mortified too if my students have such poor business communication skills. Maybe he/she lets her students talk to her like that. This is not about ... Read Moreexcessive respect that we feel we deserve, but about what our young generation is about to become. How are they going to compete like this in the global market? I maintain that you are doing the right thing. You are awesome!
Nisah Haron
Sis, I agree with you. This IS poor communication skills. Indeed. That particular student will become a teacher upon graduation. Is this the kind of teacher who is going to teach my children? (It's no wonder my children doesn't enjoy their time in school with most of their teachers.) Some of her students even 'attacked' my blog and calling me names. How 'mature' of them!
Saya fikir Nisah perlu ada kerani untuk buka e-mail, macam Hj FT buat. Barulah masa tak terbuang, untuk buka dan baca.
Budak-budak zaman ini kena sabar sedikit mengajarnya. Maklumlah mereka pun diserang berbagai arah dek globasasi dan sebagainya.
Kalau kita hukum mereka dengan keras, tak baik juga. Mana peranan kita sebagai yang lebih tahu.
Are we all that perfect? I am not, for that I'm certain.
Sekiranya mereka terus mengamalkan tatacara emel seperti itu,saya pasti mereka akan mengalami masalah apabila berurusan dan berkomunikasi di alam pekerjaan.
Saya tertarik dengan tulisan-tulisan David Silverman yang banyak menyentuh tentang etika menulis emel.Ia boleh dibaca di sini:
http://blogs.harvardbusiness.org/silverman/
Saya cadangkan agar para pelajar universiti membacanya kerana banyak ilmu yang boleh dikutip daripada pandangan beliau mengenai etika emel dalam bisnes dan pekerjaan.
Saya tersenyum-senyum sendiri apabila membaca tulisan beliau yang saya fikir lebih kurang sama senarionya dengan apa yang puan telah lalui.
http://blogs.harvardbusiness.org/silverman/2009/08/how-to-ask-a-near-stranger-for.html
Saya sudah lama bersabar dan selalu memulangkan kembali e-mel, khususnya yang tunggang-langgang, langgar semua tanda baca dan mereka yang seolah-olah gagal kertas Bahasa Melayu. Saya juga pernah jawab secara peribadi, kepada e-mel yang pernah dihantar begini.
I'm too, less than perfect. But it is not perfectionism that I seek. Simply common curtesy and an inkling that the sender shows some amount of respect to the intended recepient.
Bayangkan, penerima e-mel ini ialah mereka yang punya gelar 'Dr.' dan 'Prof' pada pangkal nama mereka. Sampai bila harus dibiarkan. Hari ini, saya kelihatan seperti 'the bad cop' tetapi, saya percaya inilah satu bentuk pengajaran yang boleh membantu orang lain juga.
Dr. Bubbles,
Terima kasih atas pautan tersebut. Saya sudah baca dan benar, banyak yang boleh dipelajari malah, kita juga dapat memperbaiki lagi cara berkomunikasi melalui e-mel.
Ramai yang menganggap bahawa emosi yang ditunjukkan di dalam e-mel mampu sampai melalui kata-kata, sedangkan kalau kita gembira dan tersenyum juga sukar untuk dizahirkan hanya melalui kata-kata. Oleh sebab itu, diwujudkan simbol-simbol seperti ":-)", ":-(" dan sebagainya.
Penerima akan hilang minat dengan e-mel 'melebih-lebih' seperti ini.
Ada satu kata-kata yang saya ingat, "Berhati-hatilah dengan pujian, ia adalah permulaan kepada kebinasaan."
Rasanya, universiti perlu memasukkan silibus etika emel dan wawancara asia dalam subjek praktikum mereka.
-----
Pada saya, asas kepada hubungan yang baik adalah adab sesama manusia. :)