Lemang Nan Sebatang

Entri pada 26 September 2009

Saya pasti cerpen yang serba sederhana itu juga ada kelemahannya. Jika anda gembira dan berpuas hati membacanya, saya terlebih bahagia ketika menghasilkannya. Cerpen ini melalui hampir 5 buah draf, khususnya pada peringkat akhir kerana harus disunting kemas serta dipendekkan kepada 150 baris. Sekitar 7 halaman suku. Sudah tidak boleh dipendekkan lagi. Cerpen yang pendek lebih sukar dihasilkan kerana setiap baris dan setiap diksi harus mengandungi makna. Dialog, khususnya, tidak boleh lewah.

Cerpen ini telah disiarkan di dalam ruangan Kreatif - Berita Harian Sabtu, 26 September 2009

Lemang Nan Sebatang



Petikan :

"ESOK-ESOK bilo Busu dah tak ado, jangan cari sampai kubur! Meraung-raung: 'Busu, macam mano nak buek ni? Anak-anak sey nak makan. Sey tak tahu nak buek!' Maso tu, Busu tak pek nak nolong do."

.
.

Ulasan

ay_yusof berkata…
Salam Kak Nisah. Saya nak minta izin, link kan blog akak pada blog saya. Terima kasih
iDAN berkata…
Angah terperangkap dengan pergolakkan adat. Mungkin yang dimaksudkan Adat Perpatih. Saya tak pernah tahu sedalamnya adat ini tetapi darah sebelah Arwah Apak memang orang Minang.

Bagaimana pun falsafah Lemang yang ditulis dalam e-mel anak bungsu Angah memang menarik.
Nisah Haji Haron berkata…
iDAN,
Benar, adat yang dimaksudkan adalah adat perpatih. Walaupun lemang kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja, mereka yang menggelarkan diri anak jati Negeri Sembilan pastinya tidak akan meninggalkan tradisi melemang ini. Falsafah ini saya tulis setelah membuat pemerhatian yang agak lama di samping beberapa pembacaan mengenai falsafah dan tradisi orang-orang Melayu. Ada persamaan antara adat perpatih di Negeri Sembilan dan juga adat perpatih di tanah Minangkabau. Terdapat juga perbezaannya. Barangkali, belum ada buku yang khusus membicarakan hal ini. Kita sendiri yang harus membuat perbandingannya.

Catatan Popular