Pengalaman di UUM
Sebentar lagi saya akan memberikan ceramah buat pertama kalinya di UUM. Semalam tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, disambut urus setia langsung dibawa ke Hotel EDC-UUM. Wah, sebuah hotel yang sederhana besar tetapi punya kemudahan yang sesuai untuk pengunjung seperti saya. Boleh guna internet secara percuma di lobi. Ada komputer disediakan. Kamarnya juga dijaga rapi, biarpun sederhana saiznya, tetapi masih menawan. Ada pemandangan yang hijau di sekitarnya.
Saya masih lagi belum melangkah ke UUM. Ya, sebentar lagi akan dijemput oleh mahasiswa yang menjadi urus setia.
Malam tadi dibawa oleh Ummu Hani ke kedai bukunya - Puteh Book Garden dan kemudiannya 'pekena' cendol pulut di "Jo Cendul Pulut". Enak sekali!
Oh, nanti saya cerita lagi dan muat naik gambarnya sekali, insya-Allah.

Ulasan
Macam mana kak nisah dengan negeri Jelapang Padi? Rumah saya dekat belakang lapangan terbang saja. Tapi, kena masuk dalam sikit. Apapun, selamat datang ke Kedah Darul Aman.
sebenarnya saya pun ada juga masa seminar tu...
saya pelajar mrsm kubang pasu..
satu-satunya pelajar lelaki dari mrsm kubang pasu...
Indah sekali buminya. Kali kedua sampai ke Alor Star. Tapi, kali ini singkat waktu lawatannya. Tak sempat ke Pasar Rabu. Hanya ke UUM dan kawasan sekitar sahaja.
Hasnol,
Tahniah dan terima kasih kerana sudi jadi peserta. Hero biasanya begitu, selalu seorang sahaja di kalangan bunga-bunga. :-)